Monday, October 11, 2010

dia mencari....

manusia itu mencari.....
semangat yang datang, hanya sekejap.
lumpuh seketika kemudian.
kerana apa?

jalan yang benar sudah semakin jelas di hadapan.
tapi mampukah diri membawa panji?

ke mana pergi semangat itu?
ke mana pergi rasa tanggungjawab itu?
apa jadi iman di hati?
sedarkah kau, kau sudah jauh dari realiti?

dan apa itu realiti?
realiti itu akhirat.
realiti itu bukan dunia.
dunia hanya mainan.

jika dunia realiti, maka apakah akhirat?
seringkali mata manusia melihat dunia itulah realiti, dan akhirat itu hanya bayangan.
tapi lihatlah dengan mata hati agar realiti akhirat itu jelas.