Monday, February 21, 2011

Coming home

melepak dekat airport melbourne.

tak sabar nak balik welly. nak jumpa obay~!

jika blue sakura benar-benar telah melayang pergi, semoga angin welly takkan membawa ia ke mari lagi.

andai dalamnya lautan memendam segala khazanah, hati ini juga mahu jadi seperti lautan biru itu.

dan semoga ombak yang datang, membawa satu perubahan baru pada pasir pantai.

Thursday, February 10, 2011

kebersamaan.

kebersamaan itu penting dalam ukhuwwah.

memang orang cakap tak semestinya perlu jumpa selalu untuk ingat seseorang dalam perhubungan.

ingat dalam doa la katakan.

tapi yang doa, doa la. itu rohani.

manusia ni lumrahnya fizikal, benda yang boleh dinampak.

kalau pun kita selalu doakan sahabat kita, tapi sepuluh tahun tak pernah jumpa? sepuluh tahun tak pernah bertegur sapa? apa halnya macam tu? *sepuluh tahun tu melampau la kan. mungkin dua tiga bulan? =P

kita kena zahirkan rasa sayang tu. kalau betul mahu bersahabat, buatlah cara bersahabat.

ini tak, call tak pernah, tanya khabar jarang sekali.
zaman moden, macam-macam ada kalau nak berhubung.

tunggu kita ni malas atau tak saja.

kadang-kadang tu, kita suka kontek dengan seseorang saja.
akhirnya, walaupun dulu tak rapat sangat, tapi sekarang rapat sungguh. saling memahami pulak tu.
berbanding dengan kawan karib rapat dulu, tapi jarang-jarang kita nak kontek dia, makanya sekarang bila bersua/bertegur, dingin saja. tak ada isi. bosan saja bila bersembang.
sampaikan selepas itu , tak ada rasa mahu kontek dia lagi. rasa macam tak perlu.

bagi aku, aku tetap percaya, untuk sesuatu perhubungan itu berjaya, perlu ada kebersamaan. bukan persamaan. tapi selalu bersama. tak kira lah secara fizikal ataupun maya. yang penting bersama selalu. dia tahu kita ada bersama dia.

asal bersama itu bila kita selalu meluangkan masa dengan dia. duduk sebelah ke, call hari-hari ke, mesej ke, skype ke, fb ke. tak kesah. yang penting selalu berhubungan dengan dia. kalau tak, tak adalah perkara ni dinamakan "perhubungan" dari awal.

itu sebenarnya salah satu resepi menjalinkan hubungan yang kukuh. resepi yang nampak.
dasarnya aqidah. ditafsirkan dengan saat-saat bersama.


p/s: aku pun ada hutang khabar dengan sahabat-sahabat aku. maaf ye semua. =(