Tuesday, May 17, 2011

Captain Barbarossa of PoC

this will just be a quick post.

aku tengah search internet pasal khilafah turki, khilafah islam. tokoh-tokoh islam zaman dulu.
pastu terjumpa satu nama menarik. haeradin barbaros. ditulis sebagai pegawai laut di zaman turki.
juga dikenali sebagai barbarossa.
aku terus teringat captain barbarossa pirates of caribbean tu. so aku search lagi, ape origin nama watak tu dalam filem PoC tu.

terjumpa dua website, satu tourism crete, satu lgi tourism turki.
betul, orang sama, tapi pendapat berbeza tentang siapa barbarossa tu.
boleh tengok kat link ni tuk tourism turki.
dan kat sini tuk tourism crete.

aku jadi turn off nak tengok movie PoC tu. well, selama ni pun , memang aku tengah cari alasan kukuh untuk tengok movie tu. sebab movie lain aku dah tak mau tengok, so aku cuba nak justifikasi kalau-kalau PoC ni tak ada halangan untuk ditonton. macam free la dari unsur-unsur tak sepatutna.

pastu, jumpa plak pasal ni. hm...alhamdulillah, the more reason not to go and watch that movie. hehe.

lagipun, ada benda lain lebih penting lagi kena buat. kalau nak pergi seronok-seronok tengok movie PoC, bila masa pulak nak bangunkan khilafah Islam ? Dah habis ke aku cari ilmu agama/islam sampai ada masa lapang nak pi tengok movie pirates of caribbean tu? dush, dush, dush!
kena tepat sungguh. huhu.

reminder: both links are subject to an* interpretation. u make ur own judgement. i've made mine. and i dont intend to force it on u. Allah will ask me of ma action, not urs and vice versa.


Sunday, May 8, 2011

memilih dan mujahadah

aku mahu memilih untuk beriman dengan Allah.
bukan hanya kerana aku dilahirkan Islam, aku telah Islam, maka aku teruskan sahaja apa pun perintah Allah terhadap aku.
aku tak mahu begitu.
jika diteruskan begitu, akan timbul rasa terpaksa dan terbeban dengan segala perintah-Nya.
tak, tak, bukan begitu.

jika permulaan segala-galanya adalah bila aku telah memilih untuk beriman kepada Allah, memilih untuk menjadi orang beriman, maka segala perintah dan suruhan itu lebih dapat aku laksanakan kerana itulah yang telah aku pilih.