Tuesday, July 19, 2011

Islam membuang pelik

lama jugak berehat dari tulis blog ni kan? tak istiqamah langsung. huhu. macam mana nak jadi daie ni? haih.

aku masih lagi belum menjadi seorang manusia normal. normal dalam erti kata kebanyakan perilaku normal manusia lain. maka jauh la lagi aku dari kesempurnaan. (memang la manusia ni tak sempurna, tapi kita boleh bergerak ke arah kesempurnaan ^_^ )

masa silam aku pelik-pelik sikit. benda orang lain tak buat, aku buat. dan aku tak buat apa benda lain yang orang lain buat. *eh, belit-belit lak.

aku sebenarnya nak cerita sikit lah pasal pengalaman life aku. even segan, tapi nak share jugak dengan sape-sape yang ade tersinggah kat blog ni. lagipun, aku boleh tengok balik post ni kalau nanti aku terlupa. huhu. benda besar ni aku nak cerita. hehehe

tadi aku dan kawan-kawan ada main satu game ni. banyak la terkeluar perkara-perkara pelik pasal diri sendiri. bila lama-lama, aku tersedar something (act sebelum ni pun , dah perasan dah benda tu, tapi sebab tak ada rekod kan, macam angin lalu je la).
apa yang aku semakin sedar dan terasa di hati, sungguhlah Rasulullah s.a.w itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq manusia. aku ni banyak buat benda-benda pelik. kalau tak kerana Islam yang ajar, aku ni macam manusia ntah hapa-hapa.
aku sangatlah value Islam tu, sangat hargai Islam. Islam merubah aku. Islam memang mengajar aku cara hidup. aku hanya ambil Islam sebagai neraca aku. aku tak boleh nak terima neraca lain selain Islam. dulu aku konflik jugak, tapi Islam memang sangat sempurna. Cara hidup yang diturunkan dari langit.

aku terasa dengan kehadiran Islam dalam hidup aku.
kalau orang lain mungkin takkan pandang macam tu, sebab bagi dorang itu dah memang cara manusia berinteraksi, dorang dah lama hidup macam tu. tapi kerana aku sendiri menolak sistem sedia ada, selalu persoalkan kenapa buat macam ni, kenapa buat macam tu. so aku sangat pelik dengan kehidupan manusia biasa. sampailah Islam mengajarkan aku perkara-perkara. Maka tak adalah ketapian lagi dalam ajaran tu. semua boleh pike logik, tak boleh nak dipertikaikan lagi. kalau boleh dipertikai lagi, tu tandanya,kita tak cukup ilmu agama. kerana sungguh, Islam adalah agama yang tak ada pertikaian dalam aqidahnya.

ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah memberi petunjuk kebenaran.
Alhamdulillah, Islam sampai kepada aku. Alhamdulillah.