Saturday, April 17, 2010

'Racist'

bila aku umumkan pada dunia aku adalah Melayu,

aku dikecam sebagai 'racist'.

tapi bila penduduk malaysia yang lain berkata "aku adalah Cina/India",

mereka disokong untuk mendapatkan hak mereka.

kenapakah?

apa pandangan kalian?

kasihan aku. tidak boleh mengaku aku Melayu dengan Bebas dan bermaruah di Tanah Air, MALAYsia a.k.a TANAH MELAYU!

Thursday, April 8, 2010

bukan pertemuan biasa.

baru balik dari makan angin ni.
kembali untuk mengisi blog.hasil dari angin-angin yang dikutip makan.haha.

ok la, aku mahu terus ke tujuan post ni.

bacaan yassin kali ini dibuat di rumah/bilik aku yang kecik.habis saja bacaan yassin tadi, kami solat isya'. tak ramai yang hadir, disebabkan ada yang ke rumah senior lain.

ada seseorang nak jumpa aku dan rumet sebelum dia bertolak ke rotorua esok. semangatnya dia sampaikan sanggup datang ke rumah walaupun agak tak sempat.

bila dah berjumpa bersembang-sembanglah sekejap. aku tengok dan dengar ja bila dia bercakap. apa yang dia fikir, sama macam apa yang aku pernah fikirkan dulu. apa yang dia rasa pun macam tu.

aku pun cakap pada diri sendiri, " eyh, dia neh apsal sama sangat dengan aku neh? huh, pelik.kalau sama sikit-sikit tu boleh terima lagi. tapi kalau setiap kali pun sama, macam mana pulak tu?"

macam jelmaan aku yang dulu pun ada jugak dia neh.huhu.

dan sebentar tadi, aku baru sedar dan tahu jawapannya.

Pertemuan aku dengan dia, memang telah Allah rancangkan dengan sebaiknya. Ada sebab kenapa aku yang tercampak ke wellington. ada sebab kenapa aku hanya cukup-cukup makan untuk lepas ke sini. kerana dia itulah.

aku sedang mencari identiti diri aku yang dulu. diri aku yang hilang setelah sekian lama. aku berusaha mahu kembali kepada keadaan itu. tapi aku kabur. mahu tanyakan pada kawan bagaimana aku suatu ketika dahulu? tak mungkin lah. bukan mereka yang kenali aku sebetulnya. mereka tak dapat melihat bahkan mengetahui sekalipun apa yang ada dalam hati dan fikiranku.

tapi setiap kali aku bertemu dengan dia dalam usrah, setiap kali itulah ada cerminan diri aku yang dulu pada dia. aku jadi terkesima. hilang pautan pada madah bicaranya.

rupa-rupanya, Allah hantarkan dia sebagai peringatan terbaik buat diri aku.
supaya aku jadi terkesan dengan diri aku yang dulu.mengambil contoh teladan diri aku yang dulu.

*doraemon boleh bagi pinjam pintu suka hati dia. or kain merentas masa. ala, yang part ada dua nobita tu, satu yang kanak-kanak, satu lagi yang masa depan punya. kekeke


p/s: setiap pertemuan itu bermakna.