Friday, June 11, 2010

Pagi Jumaat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini hari Jumaat. sekadar peringatan untuk kita yang bekerja di hari Jumaat.

Ini hari adalah penghulu segala hari - Saiyyidul Ayyam.

Pergunakanlah hari ini sebaik-baiknya, kerana ada manfaat yang kita tak tahu.

hari lain pun kena jugak guna sebaik-baik, tapi apa yang ada pada hari Jumaat tak ada pada hari lain. hinggakan ia digelar penghulu hari?

hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

jadi kenapa tak rebut?

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “

(al-Bukhari)


tengok, hari ini memang hari kita. hari untuk Umat Islam, siap ada solat Jumaat lagi. mana ada solat special macam ni. tak ada solat ahad, hatta khamis sekalipun.

ni peringatn untuk aku jugak. aku setelah meninggalkan kedah, aku tak pernah cuti hari Jumaat. *kedah sangat best, Jumaat diiktiraf cuti! XD *

aku perasan, bila sampai ja hari jumaat, mesti aku akan leka, buat kerja macam biasa (sekolah/kolej/uni) macam tak ada apa yang istimewanya hari ni. malang sungguh bila aku hanya sedar bila dah petang. tengok-tengok dah nak masuk maghrib, nak habis dah jumaat.

dan semestinya, bukan aku saja yang macam ni. ramai lagi yang menganggap hari Jumaat hanyalah hari bekerja, dan solat jumaat semata-mata.

kita disibukkan dengan kerja, hasil perancangan orang-orang Barat. nak ikut mereka konon, sampaikan hilang kerasionalan/ sensitiviti pada agama. kata kita ,Malaysia, itu negara Islam. tapi apa kejadahnya Hari Jumaat pun kerja?????? yang ikut cuti agama lain tu apa hal? Sabtu untuk yahudi, Ahad untuk nasrani.

okay2, cukup sampai sini. siapa-siapa yang bakal menjadi pemimpin Malaysia nanti, wajib isytiharkan seluruh negara cuti hari Jumaat. *suka-suka hati buat request. *

Akhir kalam,

sidang Jumaat sekalian, muliakan hari ini, sebagaimana ia mulia di sisi Allah.
semoga kita berterusan dalam kebenaran. Insya-Allah.