Showing posts with label soal dan sinis. Show all posts
Showing posts with label soal dan sinis. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

tipu, tipu, tipu!

yeah, update, update! haha

semalam baru lepas tengok theatre under cultural programme.
kata senior, cerita ni buat dekat teater indie, jadi kecik saja la pentas dan tempat duduk dia.
tapi yang aku tak suka, sebab bahasa dia. banyak betul bahasa kotor, sumpah seranah. rosak telinga aku. adui, adui. aku dah tersalah pilih program dah. yang sensored2 tu tak payah cerita la kan. huhu.

tapi ni, nak cerita pasal mesej dia. sepasang suami isteri yang berkahwin atas penipuan masing-masing. dalam cerita tu, konon-konon nak tunjuk,

"it's okay to lie to your partner to keep them happy rather than hurting them by telling the truth."

woh!! bahaye2!!! red alert!!!

kita jangan la tertipu dengan mesej-mesej macam ni. cara dia buat tu memang subtle habis. aku pun touched jugak. tapi bila pikir-pikir balik, eyh? sanggup menipu?

owh, tidak-tidak. menipu tu dosa. apatah lagi kita dengan manusia, menipu tu membunuh kepercayaan. manusia hidup kat dunia dengan kepercayaan. hohoho.

come on la people! wake up!

tu la pentingnya pendidikan al-Quran. bila kita disemai dengan nila-nilai Islam , kita tahu nak menangkis anasir-anasir jahat.

Rasulullah bersabda, " Qulil Haqqa walau kana murran" - katakanlah yang benar walaupun pahit (hadith riwayat At-Tarmizi dan An-Nasa'i)

so sekarang ni, kita nak ikut siapa? nak ikut Rasul kita yang terang-terang kita tahu Baginda ni kekasih Allah, atau nak ikut pandangan atau prinsip orang bukan Islam? *bukan Islam lak tu (erk adakah aku skeptik? tak. )

nampak macam logik ja kan apa yang mesej tu kata. menipu sebab nak jaga hati dia, tak nak dia sedih. bila dia sedih kita pun sedih kan. selfish nya kita. bukan sebab dia pun, tapi sebenarnya sebab diri kita jugak, kita yang tak nak sedih. last-last kita menipu.

wahai sahabat-sahabat yang disayangi,
memang ada view macam-macam kat dunia ni, tapi pilihlah view yang terbaik.
anda yang memilih.

p/s: oops, post kali ni tersinis lak. kata ritu tak nak ber'sinis'an dah. hehehe.

Wednesday, December 1, 2010

a.l.o.n.e.

-some people want to be alone.
why cant you just leave them like that?

-it's annoying to have people opposing your choice.
it's your life, you are the one gonna live the life, not them.
so just stay away.

pernah jumpa ayat-ayat macam ni?
dunia hari ini makin lama makin menggalakkan sistem solo.
walaupun apa yang kita buat adalah secara beramai-ramai, tapi hakikatnya, kita sedang berseorangan.

hm..manusia?? ada berapa banyak ya manusia di muka bumi ni?
berjuta-juta, berbillion-billion..

tapi ada yang mahu hidup sendiri-sendiri.
kenapa ya?
apa sebenarnya hakikat manusia?
bolehkah seorang manusia itu mempunyai keinginan untuk bersendiri dari bermasyarakat?
jadi untuk apa diciptakan berbillion-billion manusia di dunia ni?
tapi kita tahu satu hakikat, iaitu setiap manusia berbeza-beza.

Thursday, August 19, 2010

tak puas hati dengan teori maslow?

semalam aku ada berbincang sikit dengan housemate aku.
pasal theory Maslow - hierarchy of human basic needs.

secara ringkasnya, theory ni ada 5 peringkat.
fisiologi - makan dan minum
keperluan keselamatan(safety need) - rasa selamat
social- emosi , sense of belongingness, kasih sayang, persahabatan.
esteem needs - keyakinan diri, kepercayaan,konfiden, achievement.
keperluan untuk meneroka dan mengenalpasti potensi diri - morality, kreativity, dan menyelesaikan masalah.



berdasarkan teori ini, manusia tak boleh bergerak ke peringkat atas tanpa memenuhi dahulu keperluan-keperluan berkedudukan bawah seperti dalam piramid.


housemate(HM) aku kata, teori ini kita boleh aplikasi dalam islam. dia kata, betullah, kita manusia ni, kena fulfill dulu keperluan-keperluan asas, sebelum nak capai sesuatu yang lebih kompleks. contohnya, sebelum nak mendapatkan kepercayaan seseorang, kita kena berkawan dulu dengan orang itu. beri dia kasih sayang, bla,bla,bla. kemudian baru lah timbul kepercayaann dia pada kita.

aku pulak berkongsi, memang begini, sebab ini adalah satu benda yang kita panggil sebagai "Sunnatullah". segala apa yang digambarkan dalam theory di atas adalah berdasarkan fitrah manusia. Aku lebih mengaitkan teori kepada Islam, sebab semua ilmu yang ada dibawah kekusasaan-Nya. Maka, Tuhan jugaklah yang memberikan ilham kepada Encik Maslow untuk mengemukakan teori ini dan menyusun sedikit sebanyak pengetahuan kita terhadap keperluan manusia aka fitrah.

sebenarnya, masa tengah tulis post ni baru aku sedar perkara ini. semalam aku tak bersetuju dengan HM aku. aku tak boleh nak hadam apa yang dia kata sebab aku nampak teori ini dan islam sebagai dua benda yang berbeza. dan HM aku seolah-olah mengambil teori ini masuk ke dalam Islam. haa, part ni yang aku tak setuju. aku kurang senang bila sesetengah orang suka agungkan teori dan mengenepikan Islam. aku bukanlah nak cakap aku ni alim warak apa semua sebab nak semua islam. aku manusia biasa yang cabuk jugak. disebabkan sikap orang yang suka agungkan teori ni, aku jadi skeptikal pada apa-apa teori manusia barat. hohoho.

aku lupa, Tuhan memang ada suruh kita mengkaji. tapi umat Islam tak kaji, orang bukan islam kaji. tu la yang tercetusnya teori ini dari orang bukan islam.

astaghfirullah. apalah aku skeptikal betul sebelum ni.
dan aku baru sedar, aku skeptikal jugak disebabkan daya fikir aku tak kreatif dan kritis. kurang proses memanjangkan daya fikir. kalau orang bijak, dia boleh faham maksud yang tersirat terhadap sesuatu, bukan hanya apa yang dipertonton di depan mata.

Masha-Allah, Masha-Allah. wa huwa a'ala kulli shai'n qadir.

p/s: buat pembaca , sila lah beri pandangan kalian juga. supaya skeptik aku ke atas teori2 macam ini dapat diubah kepada kefahaman yang betul. huhu. dare to share??

Saturday, April 25, 2009

Bola disepak, tanpa disedari Aqidah jua yang terhakis..

haa...
ada satu lagi persoalan yang kalau boleh, aku nak korang bagi pandangan..
aku tertanya pasal benda ni dah lama..
yang tinggal hanya tak terzahir dari neuron2 ja..

Bola!...
ramai yang minat bola..Liga Super, Liga M'sia, EPL, FA Cup, EURO, etc..
tak tersenarai ni kot...

aku cuma nak fokuskan pada EPl ja la..
setakat ni yang aku tengok, M'sia nya bola ok ja..

Manchester United
Liverpool
Chelsea
Arsenal
(leading club season 08/09)
korang cuba tengok logo ni..ada gambar pegang tongkat kan?...sendiri teka la gambar apa tu.takkan la tak tahu kot...aku pelik, ada yang pakai jersi kelab ni ke surau..hm...macam mana tu?..kalau bukan gambar pun, apa bendanya yang disokong..
hah, yang ni lagi satu yang kontroverSIAL..lambang Carlsberg siap terpampang kat dada baju lagi..kalau tak reti nak pikir jugak, memang betul la korang tak guna akal yang Allah bagi..dah terang-terangan haram, ada hati lagi nak pakai?
yang Chelsea ni plak, aku tertarik kat lambang singa..siapa-siapa yang dah tengok Arrivals, korang akan faham apa yang tersirat..eh, singa ke tu..?..kepala macam helang..hm..dah sah la oi...
dulu aku ingatkan chelsea ni selamat la sikit aku nak support..sekali, singa yang tak macam singa lak mengggangu niatku..huhu..

and last but not least, Arsenal...yang ni aku tak berapa perasan benda yang pelik...imej nya hanya meriam@senjata..bagi aku tak ada apa2 yang kontroverSIAL kot..mungkin juga boleh ditafsir sebagai penggalak kepada peperangan..Arsenal kan mempromosi Israel sebagai destinasi pelancongan..kalau pakai jersi Arsenal ni , tak tahulah..terpulang pada fikiran rasional masing2..

bagaimana pun, ada berpendapat,

"pakai tak salah, sebab kita sokong dan tengok skill dorang yang mantap2 tu..memang gempak habes la..bukan nya nak sangat dengan simbol2 dorang tu.."

hai sahabat,
kau tahu tak, dalam Islam sekalipun, kita memerlukan simbol dan signifikannya..
sebab tu la masjid dan surau kita berbulan dan bintang..
setiap benda yang dibuat ada kepentingannya sendiri...

dan persoalannya ialah...

1. bolehkah kawan kita yang lain terus menyokong kelab-kelab ini?
2. yang mana lebih aula, simbol atau semangat yang terpapar?
(maksudnya, still boleh sokong sebab skill dorang yang hebat dan gempak serta semangat juang permainan atau tidak boleh disokong atas sebab simbol dan makna disebalik..?

kalian yang terlibat, fikirlah sebaik mungkin..
lelaki memang sukar dipisahkan dengan bola EPL..(perempuan pun..)
tapi tilawah Al-Quran boleh hadir sebagai pengganti di waktu dinihari..

jadi macam mana? kalau ada persoalan lain, silalah kemukakan..

*isu ini hanya tertakluk untuk kes sokong tahap max or biasa2..bukan bermain bola yang dipersoalkan...Islam memang menganjurkan riadhah...

Sunday, February 1, 2009

ap cita ngn boikot?

hm...skng ap cita ngn palestine?..
dh gencatn snjta blek..?
ap cita lak ngn sentimen umat Islam sedunia..?
ngn kita nya boikot cm na lak..?

rata2 kita hari nih jnis yg seasonal..even boikot pn seasonal..
hm...aku bc kt blog sbhat nih, dia kta "boikot kerna pendrian, bkn ikutan"
yup, mmg tu la kn..bru la boikot tuh berlarutan hingga ke akhir zaman..
unless pndrian tuh berubah le...(huhu..teguhkn la pendirianmu..)
fahamilah kita dgn erti boikot itu apa tujuan nya, apa sebab nya..

msa gi alamnda tuh, aku lalu depan McD..feuhhh, rmei nye org...even dh lewat mlm..
melayu lak tuh yg rmei..
pastu, aku tepike,

"dorg nih x tau ke psal boikot tuh..?"..
"kt putrajaya nih ceruk sngt ke smpe berita boikot tuh x smpe..?"
"media x ley smpe ek?"

*nada sinis

smbil jlan depan McD tuh, aku n cuzen aku, aliya, ckp kuat skit bg org2 len yg lalu dgaq sma..

"bkn kna boikot ka nih..?.."

"boikot, boikot, boikot..."

awt x letak ja banner boikot n save gaza yg byk2 tuh kt depan McD n tempat2 yg berkaitan len..
bru la kena...bru la bley trus dpat peringtn...kn...kn...*cheeky smile*
hm..tah2 takut kna saman pa, sbb merosakkn perniagaan..ad ka law cm tuh..?
lantak la...klo bley wt, wt la..heh..heh..