Sunday, September 4, 2011

ala, sombong je pun..

Semalam sedang menunggu adik2 lain, selak sekejap terjemahan al-quran. nak mengisi masa dengan tadabbur. rindu ayat-ayat cinta tu.

maka Dia takdirkan untuk diri ini membaca ayat 206 surah al-baqarah yang bermaksud:

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.

Allah...Allah...

rasa terkena pada diri sendiri yang dulu, aku pun pernah macam ni juga. =(
dan sangat risau andai masa depan aku tersalah langkah jadi macam ni, nauzubilllah.

dari ayat ni, ada satu sifat yang sangat terserlah. EGO.

perasan tak, bila orang tegur dia 'bertakwalah kepada Allah' (baca: jom la kita gi surau, jom solat sunat,kita kena berlapang dada, kita kena pergi usrah untuk tarbiah diri etc), dia tak nak buat semua tu, malahan terus mencampakkan diri dia dalam dosa. terus rasa tak pergi surau, tak nak buat solat sunat, terus nak benci-benci orang yang berpesan tu sebab dia pun tau kena berlapang dada, dan terus tak nak pergi usrah watsoever.

itulah dia (baca: kita) yang bersifat ego. kadang-kadang kita tak sedar pun kita ni ego. Allah kata apa kat orang-orang yang berperangai macam tu? Allah kata dia sombong. dan neraka jahannam adalah tempat bagi dia.

dalam satu ayat lain, Allah berfirman " janganlah kamu berjalan dengan sombong atas muka bumi ni, sesungguhnya itu sangat dibenci Allah dan akak diazab dengan azab yang pedih"

-nanti akan diupdate ni ayat apa, aseef jiddan-

Allah memberi azab yang pedih kepada orang yang berlaku sombong. kita mungkin fikir, " ala, sombong je pun, bukannya pergi bunuh orang ke, tak solat ke apa".

tapi kita tak sedar yang perasaan sombong tu telah menidakkan segala kekuasaan Allah, kita rasa kita yang besar.
Bayangkan ada orang ajak kita bertakwa kepada Allah, tapi kita tak endahkan, malah siap counterback lagi ajak tu, pada waktu tu, pasti kita tak rasa Allah tu lah yang paling Besar, Paling Berkuasa.

Sebab kalau ada perasaan Allah tu Besar, Allah tu Berkuasa, Allah tu Tuhan dan Tuan kita, pastilah dengan segeranya, kita memenuhi ajakan tadi kan? Sebab ada satu kuasa yang mampu buat apa-apa saja pada kita, maka kita tunduk dan patuh pada kuasa tersebut.

kalau sombong, Allah azab dengan pedihnya.

kalau sombong, Allah bagi balasan neraka.

kalau kita sombong kat dunia, di akhirat kita dapat neraka jahannam.



maka, mahu lagi kah kita bersifat sombong? mahu lagi kah kita nak ego atau berbangga-bangga dengan ego kita?

mahu lagi kah?

-silencer-

# Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari sifat-sifat mazmumah ini.