Monday, March 29, 2010

pusingan

tiba-tiba rasa itu datang kembali.

aku sudah ungkapkan suatu ketika dulu.

kau tak mengerti. aku hanya membebel seorangan rupanya.

tapi kini, kau coretkan perkara yang sama.

namun punca kau, orang lain. kau rujuk dia.

sedangkan aku lebih tahu perkara itu. mungkin aku perlu lebih jelas pada kau.

ketika, kau lah yang menjadi sebab aku begitu. sungguh, kau kembali.

Saturday, March 20, 2010

best, bitter and forgotten

we were once becoming part of each other.

we knew, and understood the part inside us,

for there was me in you, and you in me.

but you threw the other half, that i had to throw mine.

you saw me and you looked away. i had no choice but to look away too.

i came to you, and you ran away. away. away.

but i was never able to run away, whenever you came to me.

and now, you are feeling that same way i felt before. someone is doing that to you.

it's karma. what had now happened to me, is happening to you.

i felt being thrown away by you, and now you are feeling being thrown away by someone else.

but i'm not here to say, "it serves you right".

i feel sorry for you, cause i've been there. it's too hurting. eventhough you are the one who made me gone through that, i dont want you to feel it.

for that reason, i understood you so well.i know how u feel. ironically, the part is still there.

and now, we claim ourselves as just friends who meet up, and go away.

that the best part of our history, had to be forgotten cause it's too bitter now.

Thursday, March 18, 2010

an acquantaince of mine

selamat hari lahir la ye kamu.

18 mac sudah. 21 pun sudah. besar pun sudah.

mati ja belum. =)

all the best?? naah, lame old wishes.

buatlah yang terbaik untuk diri kamu dan agama kamu.

dengan itu,

semoga allah selamatkan kamu

megat muhd syukri shuib.

Wednesday, March 17, 2010

FT dan perasaan yang bercampur-campur

fakta hari ini. (fakta la sangat)

1. titah telah berjaya mendapatkan CD ADRENALIN Faizal Tahir! dia update status kat FB. aku bila baca, memang tak keruan habis. hati memang dah meronta-ronta nak tengok CD tu! adeyh la.

2. tadi, aku mintak tolong titah 'rip' kan cd tuh. dan sekarang proses 'transfer thru skype' .kekeke. XD!! terima kasih tah!! terharu2..hehehe

3.siku aku tengah gatal sekarang neh. pelik, sebab sebelah saja yang gatal. nak kata sebab kulit kering, tak mungkin lah. kulit kat tapak tangan yang terdedah cuaca sejuk wellington neh, sihat walafiat lah pulak dia. adeyh, terpaksa la tadi, aku beli lotion. wuhuhu. kulit tak pernah-pernah sensentap neh. =(

4. hah, pasal tangan dan tapak tangan. huhu. jari dan tapak tangan aku akan "menyerap sejuk" . maksud dia, kalau keadaan sekeliling sejuk, tangan aku akan sejuk, dan sebaliknya. sampaikan ada kawan aku sorang neh, cakap aku boleh jadi termometer dah. huhu. dan yang pelik nya, walaupun jari dan tapak tangan aku sejuk gila, tapi aku sendiri tak la rasa sejuk sangat. tangan orang yang menggigil kesejukan lagi 'warm' dari tangan aku.

5. laptop! mahu bunuh aku kah? aku tuan kamu, yang sangat sayang kamu. huhu. --> apalah masalah laptop dv3 neh? huhu. kan kat keliling dia ada line metal tuh. aku asek rasa arus letrik ja. sakit2. esok, aku buat keputusan, mahu pergi beli sarung tangan yang bahgian hujung jari nya terbuka. supaya pergelangan tangan aku tak kena renjatan kecil arus letrik dah.isk2.

Monday, March 15, 2010

sebulan sudah dan assignment.

dan semalam, genaplah sudah aku berada di wellington new zealand.

jadi pelajar uni, memang mengejar 'dead'line.

reading assignment rasa nya, satu pun aku tak mula lagi. haiyya. =(

owh, pasal assigment summer school hari tu.

memang dapat result yang tak disangka. hanya atas nikmat Allah aku boleh dapat benda-benda tu.

assigment tuh patut nya dibuat dalam masa dua minggu. aku buat dalam masa 6 jam. start pukul 12.00 tgh malam, sampai pukul 6 pagi. pastu pukul 10pagi hantaq assignment.

masa buat tuh, memang aku betul-betul dari kosong. aku memang tak buat apa-apa lagi selain dari data ja. tapi bila tengah buat, banyak data yang aku dah buat tak relevan dengan assignment. bila tengok-tengok balik, data yang aku belum 'digitalised' lagi tu la yang relevan. adeyh, bertambah kerja aku. huhu. *padan muka*

orang laen buat draf seminggu yang lalu. aku , malam tu jugak baru nak buat draf. memang teruk sungguh perangai. dah la pagi-pagi buta tu, sejuk nak mati. selsema pulak tiba-tiba nak mai teman aku sekali buat assignment. huh.

nasib baik ada contoh senior. at least aku boleh ikut la frame dia. tak yah pening-pening kepala nak pikir cam na nak susun. tu pun penyelamat aku jugak la.

70% siap, baru aku betui-betui paham apa yang aku tengah buat. and i know, i can do better if i had started earlier.

aku target abes pukul 6. yup, memang habis tepat-tepat pukul 6. huhu. fuh, lega dah siap. aku tak letak harapan tinggi, cukup kalau lulus ja. sebab usaha aku sangat sikit.

I expected a D, but I got a B+ for the assignment. All The Praise To Allah. Alhamdulillah. despite my effortless work, I got a B+.

aku rasa malu dengan diri sendiri. sumpah lepas neh, aku tak mau dah buat macam tu. start assgnment earlier on and prepare thoroughly.

Wednesday, March 10, 2010

3 perkara penting esok.

ada tiga perkara yang akan berlaku esok.

1. result SPM 2009 akan keluar. semoga berjaya untuk adik aku. apa-apa pun yang dia dapat, syukur alhamdulillah.

2. kekeke..album kedua Faizal Tahir, ADRENALIN pun akan keluar esok jugak. Hanya seribu keping edisi istimewa yang ada setem Faizal Tahir. satu malaysia kot tema dia.

3. esok jugak, result penuh kedua-dua assignment aku masa summer school dulu akan diketahui.

Thursday, March 4, 2010

bergerak kebelakang?

hari ini aku belajar subjek 'Human Development and Learning'.

manusia hidup dan berkembang, dari segi pemikiran, perlakuan, fizikal, kemahiran dan macam-macam lagi. secara umumnya (normal), perkembangan manusia adalah mengikut bentuk loceng (bell-shaped). perkembangan yang paling aktif berlaku ketika kita melalui peringkat kanak-kanak ke alam remaja (youth).

okay, noktah. sambung dengan ayat aku pulak.

maksudnya, dalam perjalanan hidup kita ini (semakin membesar), kita akan mengumpul lebih banyak pengetahuan dan kemahiran. dari tak tahu membaca hingga tahu, dari tak pandai menunggang basikal hingga pandai dan macam-macam lagi kemahiran hidup.

benda neh buat aku terpikir pasal perjumpaan dengan student learning support hari tu. aku cakap aku nak 'gain' balik kemahiran berkomunikasi aku. dulu aku yakin dengan diri sendiri, boleh bercakap di khalayak ramai, boleh bercakap dengan orang lain(mengutarakan pendapat/pandangan/bertanyakan soalan). kenapa? sebab sekarang aku tak boleh buat pun semua tu. aku teragak-agak bila nak bercakap. mungkin salah satu sebab dia , aku kena bercakap dalam english, dan aku sekarang neh pun dah tak reti 'speaking'. jadi mungkin sebab tu jugak la, aku tak yakin tuk bercakap kat khalayak ramai.

tau apa advisor tuh cakap?

"owh, so you want to move backwards?"

huhu, aku agak terkejut la bila dia cakap camtu. selalu nya orang bergerak ke hadapan, tapi aku ke belakang? ke macam mana? satu ja benda dia, aku boleh buat benda tu semua dulu, tapi sekarang dah tak reti.

*tiba-tiba teringat satu perkara*

owh, aku pernah buat satu experimen dengan diri aku sendiri dulu.
setelah bertahun, baru sekarang experimen tu siap, dan aku dah dapat keputusan dia.
experimen tu berjaya, tapi hasil dia adalah negatif.

-lain kali, jangan cabar apa yang sudah tertulis. bukan semua benda tertulis itu boleh dibuktikan dengan sendiri. cukup dengan percaya. -

Monday, March 1, 2010

VUW, keep ur arms open!

the 6-month holiday is waving me goodbye, and here Victoria University of Wellington (VUW) is expecting me to join the community.

goodbye cosy Malaysia.
Hello cold-summer and windy Weliington, New Zealand. You'll be my second home for the next 3 and half years. Embrace me! haha.

excitement of first class. do i get that excited? keke.
i have only one class for today, which is ENGL 117 at 12-1pm. and later got some student learning support appointment at 3pm. wuah, that late? huhu.

so, that's it. wanna get ready to class eventhough it's still 9.14am. haha (we'll be preparing some food to eat during lunch *bawak bekallah neh* =D! )