Showing posts with label reflex. Show all posts
Showing posts with label reflex. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

kebersamaan.

kebersamaan itu penting dalam ukhuwwah.

memang orang cakap tak semestinya perlu jumpa selalu untuk ingat seseorang dalam perhubungan.

ingat dalam doa la katakan.

tapi yang doa, doa la. itu rohani.

manusia ni lumrahnya fizikal, benda yang boleh dinampak.

kalau pun kita selalu doakan sahabat kita, tapi sepuluh tahun tak pernah jumpa? sepuluh tahun tak pernah bertegur sapa? apa halnya macam tu? *sepuluh tahun tu melampau la kan. mungkin dua tiga bulan? =P

kita kena zahirkan rasa sayang tu. kalau betul mahu bersahabat, buatlah cara bersahabat.

ini tak, call tak pernah, tanya khabar jarang sekali.
zaman moden, macam-macam ada kalau nak berhubung.

tunggu kita ni malas atau tak saja.

kadang-kadang tu, kita suka kontek dengan seseorang saja.
akhirnya, walaupun dulu tak rapat sangat, tapi sekarang rapat sungguh. saling memahami pulak tu.
berbanding dengan kawan karib rapat dulu, tapi jarang-jarang kita nak kontek dia, makanya sekarang bila bersua/bertegur, dingin saja. tak ada isi. bosan saja bila bersembang.
sampaikan selepas itu , tak ada rasa mahu kontek dia lagi. rasa macam tak perlu.

bagi aku, aku tetap percaya, untuk sesuatu perhubungan itu berjaya, perlu ada kebersamaan. bukan persamaan. tapi selalu bersama. tak kira lah secara fizikal ataupun maya. yang penting bersama selalu. dia tahu kita ada bersama dia.

asal bersama itu bila kita selalu meluangkan masa dengan dia. duduk sebelah ke, call hari-hari ke, mesej ke, skype ke, fb ke. tak kesah. yang penting selalu berhubungan dengan dia. kalau tak, tak adalah perkara ni dinamakan "perhubungan" dari awal.

itu sebenarnya salah satu resepi menjalinkan hubungan yang kukuh. resepi yang nampak.
dasarnya aqidah. ditafsirkan dengan saat-saat bersama.


p/s: aku pun ada hutang khabar dengan sahabat-sahabat aku. maaf ye semua. =(

Tuesday, January 25, 2011

peria.

few days ago, my mother made some bitter-gourd dishes.
hiris nipis-nipis, lepas tu celup tepung. konon-konon jadi macam cucur/kerepok peria la.
tapi rasa dia, masya-Allah, sampai ke sudah pahit!

haih, kenapa beli jugak peria ni? kenapa manusia telan jugak peria ni? sumpah pahit!

kalau dulu, aku tak akan sekali-kali makan lauk peria tu setiap kali mak aku buat.
tapi hari tu, aku rasa macam nak cuba lak. sebab aku hairan, macam mana kakak dan mak aku boleh sanggup telan bendalah tu. sebab aku dah tau memang pahit pun, tapi kenapa?

mak aku pun cakap la, sebab nak buat ubat. peria ni ada khasiat apa ntah. tapi boleh cure/prevent something lah.

aku pun pikir, mungkin kalau aku selalu makan, aku boleh lawan rasa pahit tu. dia akan jadi biasa.

in the end, aku dah tak sanggup nak telan. sebab pahit sangat.
semangat aku tu tak kemana pun.

siapa sangka, nak telan peria yang pahit tuh, perlu kepada semangat. ala, sama saja macam ubat lain-lain pun.

dan bagi aku, hari tu membuktikan semangat aku tak sekuat mana. peria yang simple tu pun aku tak dapat nak overcome.

i'm still small.

sedangkan peria pun aku tak boleh kawal diri untuk tahan pahit, inikan pulak nafsu dalam diri yang macam.

i should try harder. mungkin boleh start dengan peria jugak. hehehe

p/s: terfikir pasal ni lama dah, cuma triggered nak post sebab baca artikel langit ilahi: kepahitan

pp/s: lagi-lagi langit ilahi kan? haha

Thursday, January 13, 2011

mengimbas rasa semalam

semalam, aku sudah update. hari ni pun aku rasa nak tulis sesuatu di blog. tiba-tiba, macam semangat pulak aku kan. =P

sebab nya, semalam, aku baca balik post-post lama aku. tengok tag-tag.
banyak post aku berbaur negatif, pesimis, dan sindiran.
ya, aku mahu sebarkan kebaikkan, tapi cara aku salah.
aku suka gunakan nada sinis pada kebanyakkan post aku yang mengulas tentang sikap/kisah manusia.
teruk lagi. haih.

Islam itu kan indah, baik, lemah lembut. jadi kenapa perlu bersikap sinis? =(
itulah kekurangan diri aku yang masih lagi belajar erti hamba Allah.

di waktu blog ini betul-betul menjadi 'silent', aku melawat blog-blog orang lain. dan ada satu blog ini, yang sudah tak asing lagi bagi kita, Langit Ilahi. aku sangat suka dengan penyampaiannya. setelah beberapa bulan aku mengikuti laman tersebut, dapatlah aku simpulkan, laman itu penuh dengan kasih sayang.
laman itu menganjurkan semula, Islam ini harus disebarkan dengan kasih sayang, bukan sindiran atau kata-kata sinis.

memang itu pun yang di anjurkan Islam selama ini. tapi kelihatannya, di masa kini, insan-insan yang menggelarkan diri mereka daie itu telah kurang menggunakan elemen ini dalam dakwah mereka. menyeru ke jalan Allah itu tanggungjawab setiap muslim, termasuklah aku. tapi cara aku salah sama sekali.

harapnya, selepas ini, aku lebih mahu bersikap manis, lemah lembut dalam interaksi aku dengan manusia lain.

p/s: tak mau dah sindir-sindir orang lepas ni. =(

yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Saturday, April 25, 2009

Text for study..????

TEXT LITERATURE

alevel, alevel...A-Level Cambridge!

apa benda la yang aku belajar sekarang ni..?..
3 dari 4 text wajib, semuanya LUCAH..
hahaha..
mungkin ada classmate aku yang tak setuju kot,
sebab " kita kan tengah belajar"...
?????
nak belajar pun ada adabnya..
belajar apa kejadahnya macam tu..?
adeyh, rosak iman..rosak..rosak...
punah ranah...

aku yang sebelum ni tak pernah tahu pun 'terms' yang pelik2 tu..
sekarang ni, siap dah terpahat dalam kepala otak lagi..
ya la , bila kena analisis text tu, nak jawab kena ingat petikan..
kalau aku senaraikan petikan2 tu, habis la..tak ada satu pun yang korang boleh baca..
semuanya akan di'star' kan...e.g: S***B****

telinga aku, tiap-tiap hari dengar...
mulut aku, tiap-tiap hari sebut...
mata aku, tiap-tiap hari baca tulisan..
(tiap-tiap hari yang aku study literature ja la..hari lain yang tak, selamat la..)
hati berkarat dengan benda yang kita belajar????
adeyh...
laknat..laknat...
=>kes aku ni ada sikit sama dengan sorang member kat Canada..bezanya, benda yang aku belajar tu yang menggangu aku secara direct, tapi member aku nya secara tak direct..

kalau dulu, dengar benda pelik-pelik ni,
berdesing telinga, merah padam muka...
sekarang, siap boleh buat lawak lagi dengan benda tu..
tengok, aku pun dah jadi mangsa experimen kelucahan melampau..

nanti kalau ada budak-budak kelas aku or yang ambil subjek LIT baca post ni mungkin marah dengan aku..
biarlah korang nak marah..
korang pun mangsa macam aku jugak..cuma korang yang tak sedar..
tak payah lak nak bersyarah-syarah dengan aku pasal kebaikan or the bright side of LIT..

I HAVE ENOUGH DISCOVERED IT!

huhuhu...
berjayakah Yahudi?
berjayakah SETAN?

hm..nampak gayanya, memang tak dapat disangkal lagi...

*Literature kat sini aku spesifikkan untuk Literature A2 Alevel Cmbridge.Kalau ada yang sewaktu dengannya pun boleh la di'apply'kan sekali..bukan semua Lit ni lucah, hanya kebanyakkan...(mungkin pilihan Cambridge ja kot yang lucah2...)

= sebuah kotak pemusnah=

pagi tadi ada paper statistics 2..
stat pukul 10.00 ptutnya..
tapi semua kena tipu, sebab the real time is 10.30...
hahahaha...
(every paper kot cm tu..heh)

baki masa yang bersenggang tu, aku sempat la borak-borak dengan lokman,classm8 aku..
isu pasal realti tv dan tv...
(ceyh, sambung le study kalo ada masa lagi, borak pulak..)

dia tanya rumah aku ada tv tak.."ada ja kt umah"
pelik aku, tiba-tiba tanya macam tu..
rupa-rupanya dia risaukan nasib anak-anak dia..
(pergh, dah pikir masa depan..)

kalau dulu, media massa boleh lagi nak dikawal,
tapi sekarang ni macam sukar ja..
masyarakat sudah lama menerima norma kelucahan melampau di media..
lucah...lucah..lucah....
segala benda dia nak sogokkan dengan label tu..
dulu, kat suratkhabar, kaca tv ada gambar pelik-pelik..
sekarang ni, lagu-lagu pun dah makin banyak yang lucah...
ustaz yang datang bagi cermah baru nih pun ada cakap pasal lirk lucah ni..and kt blog mmber aku pn ad sebut pasal ni..lebih kurang macam ni kot-->'audio pornography'
contoh yang member lain aku bagi.."hips don't lie"
budak-budak kita lak, asal lagu sedap ja, mula la nak menyanyi,
tapi lirik tu tah tahu tah tidak lucah nya..
kalau tahu lucah pun, mereka ni dah anggap benda tu biasa..

tv yang dulu kita nickname kan 'idiot box' dah jadi kotak pemusnah..
Kotak Bodoh hanya membekukan pemikiran dan fizikal kita,
malangnya Kotak Pemusnah meleburkan hati kita sebelum sempat sampai ke neraka..(huh..boleh diterima ke ayat ni?..)
Kotak Pemusnah yang mematikan hati-hati kita sebelum fizikal kita mati...

*soal Lucah akan ada sedikit sambungan.

Wednesday, April 1, 2009

[ Earth Hour vs Akhirat Hours ]

28/03/09-Sabtu

malam ni ada satu programme yg konon2 nya world wide..tak tau la world wide sampei mana kan..Earth Hour..
semua kena tutup lampu2 yg tak digunakan...macam lampu2 hiasan...
kolej aku pun join jugak la..

member aku cakap , "hostel tak pernah segelap tu..gelap habes ar.."..keke..
antara aktiviti nak mengisi 'kegelapan' tu, MPP adakan ceramah dari kaunselor kat surau..
semua student digalakkan pergi surau, surau ja yg buka lampu.

tapi ada jugak student lain yg pergi tempat lain, ada forum
bertempat di Masjd Putra, Bandar Baru Nilai
tajuk forum [Baju Melayu bertemu Baju Kurung]

overall, rasanya sama ja kot dengan isi2 yg biasa kita dengar..
tengok ja tajuk ni pun tau yg isunya pasal perhubungan lelaki dan perempuan..
isu couple, cinta sebelum kahwin, 'Islamik' couple pun ada..dan kahwin awal..

'Islamic' couple??

yg ni pun banyak dah dibincangkan sebelum ni,
aku pun selalu ja dengar member2 aku duk buat macam ni...

[received]
-anti, dah bgun Qiam belum nih..?

-esok hari isnin, jom kita puasa.

salah seorang ahli panel tu, Ust. Anwar Saleh, kata , dia puasa/Qiam tu sebab bf/gf suruh ka ikhlas kerana Allah?..(manusia ni cenderung ikut orang yg dia suka dan sayang..)ini seolah2 menyembah manusia, sebab buat kerana manusia ibadat tu..dan bila dia qiam, kepala otak tu sure ke ingt Tuhan? ke ingt bf/gf?

dan walaupun macam tu, dia berdoa kerana Allah, psai bf/gf , rasa bertentangan tak..?
perhubungan yg Allah tak suka, kemudian nak mintak pada Allah tolong bahgiakan mereka..
tak malu dengan Tuhan?

lepas tu pulak, bila clash nanti,
dah tak puasa/qiam sebab bf/ gf dah tak ajak..
dulu buat sebab dia, sekarang tak mahu buat pun sebab dia jugak..

tajuk pasal ni banyak lagi, tapi redundant bagi yg dah tau..
malangnya, tau saja tak cukup kalau tak sedar..

seorang lagi sahabat aku ni, dia tau benda2 yg dia buat tu diragui ..me'lagha' kan..
tapi dia masih sayang kat awek dia, takut tak dapat balik..
kalau percaya pada jodoh, Insya-Allah, takkan kemana..


kat sini, kekuatan hati tu perlu..sayang memang sayang tapi dosa tetap dosa..

ni satu lagi ustaz Anwar cakap..lebih kurang macam ni la..
" sayang dan rindu selain kepada Allah dan rasul, ibubapa dan mahram yg lain adalah Haram"

sayang yg dimaksudkan ialah sayang yg bersifat peribadi..secara umumnya, kita memang kena sayang sesama umat baik lelaki atau perempuan, termasuklah yg kafir.

aku pernah ucpkan sayang pada seorang sahabat ni, tapi dia salah faham pulak, dia kata kena la ada limit2 nya..
aku maksudkan secara umum
itulah limit--umum--
tak lebih dan tak kurang macam makhluk2 lain..

Cabaran

memang keaadan sekarang ni seolah-olah mempromosikan 'trend' berpasangan.Tengoklah mana-mana iklan pun, semuanya menghidangkan perkara yg sama, walaupun barang yg diiklankan itu tak ada kaitan pun dengan pasangan.
oleh itu, anak-anak muda tak mahu dikatakan pelik apabila rakan-rakan lain sudah berteman, mereka masih berseorangan.
tapi ingatkah kita, pabila akhir zaman nanti sesiapa yang mengamalkan agama dianggap pelik.
"Islam itu dagang , dan akan kembali menjadi dagang"
dan beruntunglah golongan yg pelik itu.
biarlah pelik di mata manusia , asalkan Allah meredhai kita.

Langkah-langkah

berbalik pada topik forum tu,
seorang lagi panel mencadangkan langkah untuk hadapi cabaran ni...
-berilmu dan mengamalkan( kalau tak amal, tak ada guna, sama ja macam tak ada ilmu, ye dok)

Ilmu ni la yg penting untuk bina kekuatan hati..
kalau kita tau Islam tak menggalakkn perkara2 seumpama itu, insya-Allah kita elakkan..
berusaha nak mendekatkan diri kepada Allah,
supaya Allah jaga hati ini, hanya untuk yg berhak..


kita semua sibuk dengan earth hour, akhirat hour macam mana pulak?
bumi memang akan hancur sekalipun kita selamatkan,
tapi akhirat jugak yg selamanya kekal..