Thursday, January 13, 2011

mengimbas rasa semalam

semalam, aku sudah update. hari ni pun aku rasa nak tulis sesuatu di blog. tiba-tiba, macam semangat pulak aku kan. =P

sebab nya, semalam, aku baca balik post-post lama aku. tengok tag-tag.
banyak post aku berbaur negatif, pesimis, dan sindiran.
ya, aku mahu sebarkan kebaikkan, tapi cara aku salah.
aku suka gunakan nada sinis pada kebanyakkan post aku yang mengulas tentang sikap/kisah manusia.
teruk lagi. haih.

Islam itu kan indah, baik, lemah lembut. jadi kenapa perlu bersikap sinis? =(
itulah kekurangan diri aku yang masih lagi belajar erti hamba Allah.

di waktu blog ini betul-betul menjadi 'silent', aku melawat blog-blog orang lain. dan ada satu blog ini, yang sudah tak asing lagi bagi kita, Langit Ilahi. aku sangat suka dengan penyampaiannya. setelah beberapa bulan aku mengikuti laman tersebut, dapatlah aku simpulkan, laman itu penuh dengan kasih sayang.
laman itu menganjurkan semula, Islam ini harus disebarkan dengan kasih sayang, bukan sindiran atau kata-kata sinis.

memang itu pun yang di anjurkan Islam selama ini. tapi kelihatannya, di masa kini, insan-insan yang menggelarkan diri mereka daie itu telah kurang menggunakan elemen ini dalam dakwah mereka. menyeru ke jalan Allah itu tanggungjawab setiap muslim, termasuklah aku. tapi cara aku salah sama sekali.

harapnya, selepas ini, aku lebih mahu bersikap manis, lemah lembut dalam interaksi aku dengan manusia lain.

p/s: tak mau dah sindir-sindir orang lepas ni. =(

yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

No comments: