Cara-cara menghafal Al-Quran.
1. Kena ada azam yang tinggi dan minat yang mendalam untuk belajar AQ.-
-secara otomatiknya, otak akan cuba latih diri supaya mudah nak hafal AQ.
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
-waktu yang paling efektif untuk individu menghafal.
-contohnya: waktu subuh, selepas solat subuh,maghrib atau isyak)
3. Memilih tempat untuk menghafal
-contohnya : di masjid, surau, atau bilik sendiri etc.
-elakkan hafal di tempat yang tidak elok
4. Apabila hendak mula menghafal, haruslah berada dalam keadaan yang tenang.
-tidak memikirkan masalah lain.
-kalau tak tenang, otak susah nak focus pada ayat-ayat yang nak dihafal.
5. Sebelum menghafal, kosongkan fikiran selain dari ayat-ayat yang nak dihafal.
- niat hanya mahu menghafal AQ sahaja.
6. Pilih satu mashaf (sebaik-baiknya mashaf rasm Uthmani) untuk menghafal.
- supaya ada sifat istiqamah pada yang satu.
-ia menunjukkan kita bersungguh-sungguh mahu menghafal.
-supaya dapat memberi tumpuan, kita tak pening kepala bila tengok ayat sama, tapi dalam tulisan berbeza (saiz, jenis, warna etc)
-lebih mudah untuk mengingat, supaya dapat ingat helaia(seolah-olah Nampak bayangan mukasurat di depan mata).
7. Sebelum hafal, beristighfarlah memohon ampun dan berselawat supaya Allah member hidayah dan kemudahan untuk menghafal.
No comments:
Post a Comment