Tuesday, January 18, 2011

sudut rak al-Furqan

ukkhuwah itu manis, malah lebih manis dan menyamankan bila dasarnya adalah redha Allah.
mahu Allah redha dengan perhubungan, kerana setiap muslim itu bersaudara.

teringat pulak satu kisah masa kat kolej dulu.

setiap kali lepas solat isyak, dia akan tunggu sekejap dalam surau untuk membaca Al-Quran.
dipilihnya satu tempat yang agak jauh dari orang ramai, sudut hujung surau di tepi rak. senang mahu dicapai dan diletakkan kembali naskhah suci itu nanti. sudut ini sudah serasi dengan dia, memudahkan sahabat yang lemah lembut itu mencari dia. mereka selalu pulang ke asrama sekali.

mereka baca al-quran sama-sama, duduk sebelah-sebelah. tapi dia ni baca Al-quran lambat sikit, jadi sahabat dia kena la tunggu dia. bila dah habis baca, si sahabat ni pun baring nak tidur. dia letak kepala atas riba yang tengah baca quran. mendengar sambil baring. selesai baca, mereka pun balik.

nampak macam ada satu scene dalam novel sinergi hilal asyraf kan? haha. mungkin scene tu nampak idealistik , tapi sebenarnya aku sendiri dah nampak depan mata. it's real.
damai ukhuwwah itu.

2 comments:

Anonymous said...

i love u :)
hihi

mulanrizu said...

i love you, even more . =)

thanx <3