azam baru, aku mahu hati baru.
minta pada Tuhan, agar hati ini boleh berubah.
lebih lembut pada manusia.
owh, dan juga azam tahun baru aku, yang rasanya beberapa tahun sudah pernah juga berazam perkara yang sama, iaitu
"lebih banyak diam, kurang bercakap"
aku rasa, tahun lepas aku banyak cakap sangat la.
aku mahu jadi aku yang dulu, yang kurang bercakap, lebih banyak memerhati. seronok.
lebih banyak benda yang aku dapat fikir.
percaya atau tidak, lebih banyak aku diam, aku jadi lebih kenal kawan-kawan aku. hahaha. ironi kan?
tapi betullah. sebab masa yang diam itu, aku perhatikan mereka. kadang-kadang, apa yang keluar dari mulut mereka itu bukanlah diri mereka, melainkan perkara yang telah difikirkan mahu diperlihat pada umum.
bila kita perhatikan orang lain, perkara yang tersembunyi pun mampu kita nampak. =)
lagi pun, blog ni memang nama nya "silencer" kan? hahaha. memang diam sungguh la blog ni sebab aku jarang update. teruk. teruk.
"blog yang baik adalah blog yang konsisten diupdate hari-hari" -sumber langit ilahi
owh, mahu update hari-hari??? ingat aku tak ada kerja lain ke? setakat ni pun paling-paling aku update sebulan sekali je blog ni. kekeke.
tapi bersertakan azam baru ini, aku mungkin, ulang sekali lagi, mungkin akan update seminggu sekali. tak pun dua kali seminggu. insya-Allah.
lebih banyak aku diam, lebih banyak aku perhati manusia, lebih banyak la input yang aku boleh kongsi kat blog ni. XD
sekian saja. wassalam.
silencernacht.
p/s: tahun ini aku mahu jadi invisible. kurang menyerlah sikit. hehehe.
1 comment:
tadela senyap trus kan...
atleast ade jugak apdet so that people boleyh keep track..haha..
amende aku tulis ni..tett~
yang pasti..RINDU GILAK!!
Post a Comment