28/03/09-Sabtu
malam ni ada satu programme yg konon2 nya world wide..tak tau la world wide sampei mana kan..Earth Hour..
semua kena tutup lampu2 yg tak digunakan...macam lampu2 hiasan...
kolej aku pun join jugak la..
member aku cakap , "hostel tak pernah segelap tu..gelap habes ar.."..keke..
antara aktiviti nak mengisi 'kegelapan' tu, MPP adakan ceramah dari kaunselor kat surau..
semua student digalakkan pergi surau, surau ja yg buka lampu.
tapi ada jugak student lain yg pergi tempat lain, ada forum
bertempat di Masjd Putra, Bandar Baru Nilai
tajuk forum [Baju Melayu bertemu Baju Kurung]
overall, rasanya sama ja kot dengan isi2 yg biasa kita dengar..
tengok ja tajuk ni pun tau yg isunya pasal perhubungan lelaki dan perempuan..
isu couple, cinta sebelum kahwin, 'Islamik' couple pun ada..dan kahwin awal..
'Islamic' couple??
yg ni pun banyak dah dibincangkan sebelum ni,
aku pun selalu ja dengar member2 aku duk buat macam ni...
[received]
-anti, dah bgun Qiam belum nih..?
-esok hari isnin, jom kita puasa.
salah seorang ahli panel tu, Ust. Anwar Saleh, kata , dia puasa/Qiam tu sebab bf/gf suruh ka ikhlas kerana Allah?..(manusia ni cenderung ikut orang yg dia suka dan sayang..)ini seolah2 menyembah manusia, sebab buat kerana manusia ibadat tu..dan bila dia qiam, kepala otak tu sure ke ingt Tuhan? ke ingt bf/gf?
dan walaupun macam tu, dia berdoa kerana Allah, psai bf/gf , rasa bertentangan tak..?
perhubungan yg Allah tak suka, kemudian nak mintak pada Allah tolong bahgiakan mereka..
tak malu dengan Tuhan?
lepas tu pulak, bila clash nanti,
dah tak puasa/qiam sebab bf/ gf dah tak ajak..
dulu buat sebab dia, sekarang tak mahu buat pun sebab dia jugak..
tajuk pasal ni banyak lagi, tapi redundant bagi yg dah tau..
malangnya, tau saja tak cukup kalau tak sedar..
seorang lagi sahabat aku ni, dia tau benda2 yg dia buat tu diragui ..me'lagha' kan..
tapi dia masih sayang kat awek dia, takut tak dapat balik..
kalau percaya pada jodoh, Insya-Allah, takkan kemana..
kat sini, kekuatan hati tu perlu..sayang memang sayang tapi dosa tetap dosa..
ni satu lagi ustaz Anwar cakap..lebih kurang macam ni la..
" sayang dan rindu selain kepada Allah dan rasul, ibubapa dan mahram yg lain adalah Haram"
sayang yg dimaksudkan ialah sayang yg bersifat peribadi..secara umumnya, kita memang kena sayang sesama umat baik lelaki atau perempuan, termasuklah yg kafir.
aku pernah ucpkan sayang pada seorang sahabat ni, tapi dia salah faham pulak, dia kata kena la ada limit2 nya..
aku maksudkan secara umum
itulah limit--umum--
tak lebih dan tak kurang macam makhluk2 lain..
Cabaran
memang keaadan sekarang ni seolah-olah mempromosikan 'trend' berpasangan.Tengoklah mana-mana iklan pun, semuanya menghidangkan perkara yg sama, walaupun barang yg diiklankan itu tak ada kaitan pun dengan pasangan.
oleh itu, anak-anak muda tak mahu dikatakan pelik apabila rakan-rakan lain sudah berteman, mereka masih berseorangan.
tapi ingatkah kita, pabila akhir zaman nanti sesiapa yang mengamalkan agama dianggap pelik.
"Islam itu dagang , dan akan kembali menjadi dagang"
dan beruntunglah golongan yg pelik itu.
biarlah pelik di mata manusia , asalkan Allah meredhai kita.
Langkah-langkah
berbalik pada topik forum tu,
seorang lagi panel mencadangkan langkah untuk hadapi cabaran ni...
-berilmu dan mengamalkan( kalau tak amal, tak ada guna, sama ja macam tak ada ilmu, ye dok)
Ilmu ni la yg penting untuk bina kekuatan hati..
kalau kita tau Islam tak menggalakkn perkara2 seumpama itu, insya-Allah kita elakkan..
berusaha nak mendekatkan diri kepada Allah,
supaya Allah jaga hati ini, hanya untuk yg berhak..
kita semua sibuk dengan earth hour, akhirat hour macam mana pulak?
bumi memang akan hancur sekalipun kita selamatkan,
tapi akhirat jugak yg selamanya kekal..
1 comment:
salam. Anan. Waa..gi ceramah ustaz anuar salleh eh. =) bagus2.. pergila ceramah2 dia.
Rasanya kat blog dia, dia ada link kan my blog. huhu..
Post a Comment