Kolej...Kolej..Kolej....
Mungkin selepas ini semua pelajar akan bertambah sayang dengan kolej...
Kolej sudah semakin mantap..
sekarang ini, dengan pentadbiran baru, prasarana baru, kursus baru,
bajet baru dan peraturan baru.
Benar-benar berlaku perkara ini,
siapa bilang kolej tak sayangkan pelajarnya...semua orang sukakan benda baru..
Nah, inilah contoh terbaik..
Wah, barangkali, kolej boleh menang
'Kolej Disiplin Terbaik'!
Syabas untuk kolej ya...
Dan kerana kolej sayang pelajarnya,
petang tadi, ramailah pelajar-pelajarnya keluar ke kedai kasut.
mahu membeli kasut yang kolej cadangkan.
Ala, kolej kan tak suka pelajarnya berpakaian entah apa-apa, hinggakan kasut pun mahu dikategorikan..tak boleh pakai jenis 'peep-toe', tak boleh pakai kasut selain hitam dan warna gelap...
Bila kolej dah sayangkan pelajarnya sampai begitu sekali,
pelajar sanggup berkorban untuk membeli kasut baru, walaupun hanya tinggal dua bulan saja lagi sebelum program ini habis.
Hasilnya, lebih kurang 8 orang pelajar mempunyai kasut yang sama berharga RM 16. Mesti mereka seronok dapat mengayakan satu uniform kasut.
Hmm...
Apa pula yang kolej akan buat selepas ni?...Entah-entah, kolej khuatir akan rindukan kami, lalu dibuatnya syarat-syarat baru...hmm...
No comments:
Post a Comment