haa...
ada satu lagi persoalan yang kalau boleh, aku nak korang bagi pandangan..
aku tertanya pasal benda ni dah lama..
yang tinggal hanya tak terzahir dari neuron2 ja..
Bola!...
ramai yang minat bola..Liga Super, Liga M'sia, EPL, FA Cup, EURO, etc..
tak tersenarai ni kot...
aku cuma nak fokuskan pada EPl ja la..
setakat ni yang aku tengok, M'sia nya bola ok ja..
Manchester United
Liverpool
Chelsea
Arsenal
(leading club season 08/09)
korang cuba tengok logo ni..ada gambar pegang tongkat kan?...sendiri teka la gambar apa tu.takkan la tak tahu kot...aku pelik, ada yang pakai jersi kelab ni ke surau..hm...macam mana tu?..kalau bukan gambar pun, apa bendanya yang disokong..
hah, yang ni lagi satu yang kontroverSIAL..lambang Carlsberg siap terpampang kat dada baju lagi..kalau tak reti nak pikir jugak, memang betul la korang tak guna akal yang Allah bagi..dah terang-terangan haram, ada hati lagi nak pakai?
yang Chelsea ni plak, aku tertarik kat lambang singa..siapa-siapa yang dah tengok Arrivals, korang akan faham apa yang tersirat..eh, singa ke tu..?..kepala macam helang..hm..dah sah la oi...
dulu aku ingatkan chelsea ni selamat la sikit aku nak support..sekali, singa yang tak macam singa lak mengggangu niatku..huhu..
and last but not least, Arsenal...yang ni aku tak berapa perasan benda yang pelik...imej nya hanya meriam@senjata..bagi aku tak ada apa2 yang kontroverSIAL kot..mungkin juga boleh ditafsir sebagai penggalak kepada peperangan..Arsenal kan mempromosi Israel sebagai destinasi pelancongan..kalau pakai jersi Arsenal ni , tak tahulah..terpulang pada fikiran rasional masing2..
bagaimana pun, ada berpendapat,
"pakai tak salah, sebab kita sokong dan tengok skill dorang yang mantap2 tu..memang gempak habes la..bukan nya nak sangat dengan simbol2 dorang tu.."
hai sahabat,
kau tahu tak, dalam Islam sekalipun, kita memerlukan simbol dan signifikannya..
sebab tu la masjid dan surau kita berbulan dan bintang..
setiap benda yang dibuat ada kepentingannya sendiri...
dan persoalannya ialah...
1. bolehkah kawan kita yang lain terus menyokong kelab-kelab ini?
2. yang mana lebih aula, simbol atau semangat yang terpapar?
(maksudnya, still boleh sokong sebab skill dorang yang hebat dan gempak serta semangat juang permainan atau tidak boleh disokong atas sebab simbol dan makna disebalik..?
kalian yang terlibat, fikirlah sebaik mungkin..
lelaki memang sukar dipisahkan dengan bola EPL..(perempuan pun..)
tapi tilawah Al-Quran boleh hadir sebagai pengganti di waktu dinihari..
jadi macam mana? kalau ada persoalan lain, silalah kemukakan..
*isu ini hanya tertakluk untuk kes sokong tahap max or biasa2..bukan bermain bola yang dipersoalkan...Islam memang menganjurkan riadhah...
3 comments:
salam ...
ana muafiq giddan!!
tp x la minat sgt pon bola nie..
lepas anan post..bru nak tersedar..
mabruk alaik ya ukhti!
wuih, ela ad blog ka nih...?
meh la bg link..
mana ada la..wat google account ja..
Post a Comment