semalam aku ada berbincang sikit dengan housemate aku.
pasal theory Maslow - hierarchy of human basic needs.
secara ringkasnya, theory ni ada 5 peringkat.
fisiologi - makan dan minum
keperluan keselamatan(safety need) - rasa selamat
social- emosi , sense of belongingness, kasih sayang, persahabatan.
esteem needs - keyakinan diri, kepercayaan,konfiden, achievement.
keperluan untuk meneroka dan mengenalpasti potensi diri - morality, kreativity, dan menyelesaikan masalah.
berdasarkan teori ini, manusia tak boleh bergerak ke peringkat atas tanpa memenuhi dahulu keperluan-keperluan berkedudukan bawah seperti dalam piramid.
housemate(HM) aku kata, teori ini kita boleh aplikasi dalam islam. dia kata, betullah, kita manusia ni, kena fulfill dulu keperluan-keperluan asas, sebelum nak capai sesuatu yang lebih kompleks. contohnya, sebelum nak mendapatkan kepercayaan seseorang, kita kena berkawan dulu dengan orang itu. beri dia kasih sayang, bla,bla,bla. kemudian baru lah timbul kepercayaann dia pada kita.
aku pulak berkongsi, memang begini, sebab ini adalah satu benda yang kita panggil sebagai "Sunnatullah". segala apa yang digambarkan dalam theory di atas adalah berdasarkan fitrah manusia. Aku lebih mengaitkan teori kepada Islam, sebab semua ilmu yang ada dibawah kekusasaan-Nya. Maka, Tuhan jugaklah yang memberikan ilham kepada Encik Maslow untuk mengemukakan teori ini dan menyusun sedikit sebanyak pengetahuan kita terhadap keperluan manusia aka fitrah.
sebenarnya, masa tengah tulis post ni baru aku sedar perkara ini. semalam aku tak bersetuju dengan HM aku. aku tak boleh nak hadam apa yang dia kata sebab aku nampak teori ini dan islam sebagai dua benda yang berbeza. dan HM aku seolah-olah mengambil teori ini masuk ke dalam Islam. haa, part ni yang aku tak setuju. aku kurang senang bila sesetengah orang suka agungkan teori dan mengenepikan Islam. aku bukanlah nak cakap aku ni alim warak apa semua sebab nak semua islam. aku manusia biasa yang cabuk jugak. disebabkan sikap orang yang suka agungkan teori ni, aku jadi skeptikal pada apa-apa teori manusia barat. hohoho.
aku lupa, Tuhan memang ada suruh kita mengkaji. tapi umat Islam tak kaji, orang bukan islam kaji. tu la yang tercetusnya teori ini dari orang bukan islam.
astaghfirullah. apalah aku skeptikal betul sebelum ni.
dan aku baru sedar, aku skeptikal jugak disebabkan daya fikir aku tak kreatif dan kritis. kurang proses memanjangkan daya fikir. kalau orang bijak, dia boleh faham maksud yang tersirat terhadap sesuatu, bukan hanya apa yang dipertonton di depan mata.
Masha-Allah, Masha-Allah. wa huwa a'ala kulli shai'n qadir.
p/s: buat pembaca , sila lah beri pandangan kalian juga. supaya skeptik aku ke atas teori2 macam ini dapat diubah kepada kefahaman yang betul. huhu. dare to share??