Setiap pagi dan petang, pasti zikir mathurat akan kita alunkan..
Melalui kalimah-kalimah yang memuji keesaan Allah,
Memuji dan mengikrarkan bahawa bumi dan langit itu milik-Nya,
Kalimah terindah selepas kita bangun dari tidur yang panjang.
Alangkah indahnya hari-hari kita, bila dimulakan dengan kalimah-kalimah agung.
Kalimah yang menjadi peringatn dan panduan utk kita mengemudi perjalanan hari kita.
Manis nya rasa bila kita bangun di kala pagi, Allah lah kita puji kerana telah mengurniakan pada kita nikmat hidup utk terus beramal dan beribadah pada -Nya.
Manis rasanya, bila dibelai dengan peringatn mathurat memohon perlindungan dari sedih, gelisah, malas, lemas, takut dan penganiayaan orang lain..
Kita manusia kan? Lemah dan banyak ketakutan..
Itulah rasul mulia menunjukkan bimbingan
Dengan tinggalan doa-doa yang mathur...
No comments:
Post a Comment