Wednesday, October 7, 2009

Sumpahan Babi Laut

tersebutlah kisah, pada suatu masa di zaman dahulu kala.
di bawah samudera, tinggal sebuah keluarga dugong yang berkahwin campur dengan duyung...hidupan laut lain melihat keluarga ini bahagia, dek kerana dugong ini berharta..hasil bermalasan, banyaklah lumut yang melekat di badannya..tahu x, susah untuk lumut ini melekat di badan jikalau hati mahu bermain-main sentiasa seperti dugong-dugong lain..

tapi itulah, asam garam lautan , bila ada yang bersenang-lenang yang lainnya mula berasa iri hati..dengki penuh di lubuk hati..mahu menjahanamkan pasangan bahagia itu...maka mereka mempergunakan alasan talian mamalia dugong, mereka terus menerus meminta lumut dari dugong berharta hinggakan anak-anak duyung dugong menjadi terbiar...masakan boleh begitu, mereka juga punya kudrat untuk membiakkan lumut..hah, sungguh menjadi haram lumut-lumut itu kepada mereka, lantas muncullah babi-babi berkeliaran di dasar lautan dek sumpahan..pelik bukan babi laut..??...babi hutan spesies lain..itu spesies asal..

tidak cukup dengan kekacauan itu, kehidupan duyung masih lagi dilanda ombak(?)..duyung marah dugong berhubungan dengan babi lain...ish2...dh la xsme jenis, haram lak tuh...sebenarnya, babi ini bukanlah babi asalnya..ia juga seekor dugong,namun dek perangainya yang sundal, ia telah disumpah menjadi babi..maka kekallah ia sebagai babi hingga ke akhir hayat..

babi ini telah bertambah-tambah menjadi lebih jelik apabila menggangu keluarga duyung-dugong...babi ini berpura-pura baik dengan ibu dugong smata-mata mahu mengikis lumut dugong...dugong ini seekor hidupan yang saaanggaatt taat pada ibu nya..malang sekali, adakah dugong ini buta ataupun pekak, kerana antara hidupan yang dengkikan kebahagiaannya dengan duyung adalah ibunya sendiri!!

setelah hidup bertahun-tahun, ibu dugong ini masih belum mampus, lalu tersebarlah berita ibu dugong ini telah menjadi jin syaitan..nauzubillah..

jin syaitan ini masih meneruskan niat buruknya terhadap duyung..ya lah, duyung itu cantik jelita, sedangkan ahli keluarga dugong jelik belaka..dengkinya tak sudah..maka dipanggilnya balik dugong sundal atau sekarang lebih dikenali sebagai babi lautan ke rumah selut jin(perlu ingat, jin ini asalnya dugong, jadi masih ad dugong-dugong lain iaitu ahli keluarga , adik -beradik).ish2..mana boleh ada percampuran..haram..haram...babi2..ish2....anak-anak babi tadi turut datang bersama..duyung nya tidak dijemput pulak..memang dasar jin syaitan..yang halal di larang, yang haram ditatang...

tinggallah duyung sendirian di terumbu karang rumahnya..anak-anak jauh merantau ...apa lah daya,.apa lah nasib...berkurun-kurun sudah duyung bersabar, maka pada hari itu, tsunami bawah laut seakan meletus di persiaran duyung-dugong..duyung mahu berpisah..tidak sanggup lagi dengan ketidaksetiaan dugong yang sememangnya jelik..dengan babi-babi yang semakin banyak..ah..dia mahu keluar dari situ...!..yang halal pasti halal, yang haram pasti haram..tiada kompromi!!


maka berdoalah dia kepada Penciptanya.
Ya Tuhanku,
aku tidak redha lumut bahagian ku masuk ke mulut dugong-dugong itu
Api Neraka lah bagi mereka ..
Hanya Engkau yang Berkuasa
aku tiada berdaya~~~

5 comments:

Lala said...

haha.. i like this!!

Anonymous said...

kak jek.apekah?bnyaknye watak.kalah kot crite tun brahim bape

hanan said...

hurm , anak dugong meti sedih sgt2 kan!

hanan said...

salam..ela dah update blog..

mulanrizu said...

chip:

haha...sja,. nk cram suma lam neh..keke..