tiba-tiba aku rasa macam nak tujukan lirik neh kat sumbody. but with some adjustment here and there.
" dengarkan tuk ku berbicara,
bicara trus ke hati mu, hati mu,
hati yang penuh rasa ragu,
jangan terus pergi tanpa mendengarku,
mungkin mudah untuk kau terus berlalu,
nanti dulu,
berikahlah waktu, untuk aku, untuk kamu,
ingatkah lagi waktu kau bersamaku,
bahgia aku melihatmu,
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu,
aku suka padamu,
benci padamu "
ahh, aku mlas plak nk abes kan..
so,
buat kamu,
aku minta maaf atas apa yang berlaku.
dua kali aku lambatkan kamu, tapi kamu x marah,
kamu senyum saja. aku suka bila kamu senyum.
dan kamu x pernah x senyum. baguslah macam tu.
kamu kelakar, periang dan peramah.
kamu umpama kanak-kanak yang sangat bersemangat mahu mengenal dunia.
kamu sendiri akui, kamu sukar tuk marah.
dan bila begitu, aku fikir kamu seorang yang susah untuk serius.
tapi sangkaan aku itu tersasar, kamu berupaya serius.
waktu kita berbual tempoh hari, itulah pertama kali dan satu-satunya aku lihat kamu begitu.
kamu tahu hala tuju kamu. kamu tahu mereka tanggungjawab kamu.
kamu juga tahu itu tanggungjawab kamu.
lama setelah itu, baru aku tahu, kamu memang mahukan ini.
kamu memang mahu apa yang sedang kamu buat. aku kagum dengan kamu.
dan aku jadi malu pada diri sendiri.
kerana aku sering mengeluh, kerana aku sendiri belum pasti hala tuju aku.
okeyh, ini ada lagi lirik yang telah diubahsuai untuk kamu.
" ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yg terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu
tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu apa yg mata ku tahu
apa yg kau tunggu, mahu aku panggil kamu "
aku bakal pergi jauh.aku akan tinggalkan kamu di sini.
dan kali ini, aku mahu minta maaf dari diri aku.
kerna aku jadikan kamu hanya sebagai pelepasan buat aku.
pelepasan untuk aku lupakan segala kekusutan jiwaku.
aku gunakan kamu untuk buat hariku ceria gembira.
aku gunakan kamu untuk jadikan langkahku bersemangat.
aku gunakan kamu supaya aku bertahan untuk berada disitu.
tapi rupanya, mainan aku memakan diri.
aku jatuh sayang pada kamu.
aku keberatan mahu tinggalkan kamu.
aku terkilan tak berjumpa kamu sewaktu aku kembali ke sana.
sungguh, aku sesal.
hari terakhir itu, aku renung sayu wajah kamu.
sedarkah, aku juga lihat kelainan pada wajah itu.
berkali-kali kamu sebut nama aku.
seolah-olah, kamu belum puas aku ada di situ.
dan kamu gunakan hari terakhir itu sebaik mungkin.
kamu penuhkan ia dengan nama aku.
bila sampai saat-saat terakhir kita bersua,
baru kini aku sedar, pandangan kamu itu ada sayu juga.
kamu kurang tersenyum. makin lama, wajah kamu makin suram.
tiada lagi senyuman yang aku suka itu di wajah kamu.
kamu akhiri pertemuan kita dengan ungkapan harapan,
'jumpa lagi'
moga-moga aku kan tenang dan senang mendengarnya, sekalipun terkesan sayu pada suara kamu.
maka sungguhlah, hari terakhir itu benar-benar yang terakhir buat kita.
'jumpa lagi' terkubur begitu saja.
No comments:
Post a Comment