Saturday, May 22, 2010

Bangkit lebih tinggi

owh, aku sudah jumpa jawapannya.

dari laman Langit Ilahi,

"Menurunnya keimanan itu , bukan alasan untuk bersedihan"

aku perlu bangun semula.
aku perlu didik diri aku.
aku mahu bangkit lebih tinggi dari sebelumnya.
jika aku pernah baik sebelum ini, aku mahu lebih baik dari itu selepas ini.

terima kasih intan, atas pujukan itu.

terima kasih Hilal atas peringatan anda.

Terima Kasih Allah, kerana Engkau memberikan jawapan padaku melalui mereka.Alhamdulillah.

jangan lah bersedih.

bila dah tahu aku berada di bawah, aku patut berusaha naik ke atas.
bila dah tahu aku berada dalam kawasan hitam, aku harus segera keluar dari tempat itu.

sekarang sudah tiba masa aku buang rasa sedih itu semua. aku sudah rasa betapa peritnya hidup aku tanpa iman.
aku tak mahu kehilangan nya lagi.

aku perlu berubah, kerana Allah.
aku hamba-Nya.
=)

2 comments:

azanabdullah said...

Be strong, get a grip, have faith in Him n fight. Life is hard!

hanan said...

insya allah, when u start the move, Allah will do the rest..يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك....