Friday, May 28, 2010

Mati . Ingatkah aku?

ajal maut di tangan tuhan. ajal boleh datang bila-bila masa disebabkan kita tak tau tarikhnya.

aku andaikan aku tidak hidup lama.
aku akan mati.
di alam kubur nanti aku keseorangan ditemani malaikat munkar dan nakir tuk menyoal amalan-amalan aku di dunia.

andai aku mati esok hari, mencukupikah bekalan yang ada untuk dibawa bersama?
walau bukan pun esok, sekarang ini, adakah bekalan untuk dibawa?

bertahun lama aku lupakan peringatan yang satu ini.

esok aku akan mati,
setidak-tidaknya, aku sudah meminta ampun dari mama.
dan juga abah.
dan juga adik aku yang selalu aku buat jahat dulu.
pada kawan-kawan lain yang aku pernah buat salah dulu, aku akan berusaha mintak maaf seorang demi seorang.

esok aku akan mati,
aku mahu jadi orang yang paling baik kepada orang lain hari ini.
supaya Allah redha denganku.

sabda nabi s.a.w. ,

"sebaik-baik manusia adalah yang paling baik kepada keluarganya"

p/s= tak ingat hadith full. =(


“Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban) "

~thanx to faiqah~ =D

2 comments:

HafidzaHalim said...

“Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

mulanrizu said...

syukran jzil syg! =)!