Thursday, January 27, 2011

HELP ME!

read this on a book by pahrul juoi

" orang yang bijaksana menulis tentang ilmu,
orang yang cerdik menulis tentang peristiwa,
orang yang pandai menulis tentang kisah orang lain,
orang yang bodoh menulis tentang diri sendiri. "

well, anyone want to comment on this?
sebenarnya aku tak faham sangat.
kenapa macam tu ?

care to share?
terima kasih!

Tuesday, January 25, 2011

peria.

few days ago, my mother made some bitter-gourd dishes.
hiris nipis-nipis, lepas tu celup tepung. konon-konon jadi macam cucur/kerepok peria la.
tapi rasa dia, masya-Allah, sampai ke sudah pahit!

haih, kenapa beli jugak peria ni? kenapa manusia telan jugak peria ni? sumpah pahit!

kalau dulu, aku tak akan sekali-kali makan lauk peria tu setiap kali mak aku buat.
tapi hari tu, aku rasa macam nak cuba lak. sebab aku hairan, macam mana kakak dan mak aku boleh sanggup telan bendalah tu. sebab aku dah tau memang pahit pun, tapi kenapa?

mak aku pun cakap la, sebab nak buat ubat. peria ni ada khasiat apa ntah. tapi boleh cure/prevent something lah.

aku pun pikir, mungkin kalau aku selalu makan, aku boleh lawan rasa pahit tu. dia akan jadi biasa.

in the end, aku dah tak sanggup nak telan. sebab pahit sangat.
semangat aku tu tak kemana pun.

siapa sangka, nak telan peria yang pahit tuh, perlu kepada semangat. ala, sama saja macam ubat lain-lain pun.

dan bagi aku, hari tu membuktikan semangat aku tak sekuat mana. peria yang simple tu pun aku tak dapat nak overcome.

i'm still small.

sedangkan peria pun aku tak boleh kawal diri untuk tahan pahit, inikan pulak nafsu dalam diri yang macam.

i should try harder. mungkin boleh start dengan peria jugak. hehehe

p/s: terfikir pasal ni lama dah, cuma triggered nak post sebab baca artikel langit ilahi: kepahitan

pp/s: lagi-lagi langit ilahi kan? haha

Saturday, January 22, 2011

Hafal Al-Quran

Cara-cara menghafal Al-Quran.

1. Kena ada azam yang tinggi dan minat yang mendalam untuk belajar AQ.-

-secara otomatiknya, otak akan cuba latih diri supaya mudah nak hafal AQ.

2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.

-waktu yang paling efektif untuk individu menghafal.

-contohnya: waktu subuh, selepas solat subuh,maghrib atau isyak)

3. Memilih tempat untuk menghafal

-contohnya : di masjid, surau, atau bilik sendiri etc.

-elakkan hafal di tempat yang tidak elok

4. Apabila hendak mula menghafal, haruslah berada dalam keadaan yang tenang.

-tidak memikirkan masalah lain.

-kalau tak tenang, otak susah nak focus pada ayat-ayat yang nak dihafal.

5. Sebelum menghafal, kosongkan fikiran selain dari ayat-ayat yang nak dihafal.

- niat hanya mahu menghafal AQ sahaja.

6. Pilih satu mashaf (sebaik-baiknya mashaf rasm Uthmani) untuk menghafal.

- supaya ada sifat istiqamah pada yang satu.

-ia menunjukkan kita bersungguh-sungguh mahu menghafal.

-supaya dapat memberi tumpuan, kita tak pening kepala bila tengok ayat sama, tapi dalam tulisan berbeza (saiz, jenis, warna etc)

-lebih mudah untuk mengingat, supaya dapat ingat helaia(seolah-olah Nampak bayangan mukasurat di depan mata).

7. Sebelum hafal, beristighfarlah memohon ampun dan berselawat supaya Allah member hidayah dan kemudahan untuk menghafal.

Tuesday, January 18, 2011

sudut rak al-Furqan

ukkhuwah itu manis, malah lebih manis dan menyamankan bila dasarnya adalah redha Allah.
mahu Allah redha dengan perhubungan, kerana setiap muslim itu bersaudara.

teringat pulak satu kisah masa kat kolej dulu.

setiap kali lepas solat isyak, dia akan tunggu sekejap dalam surau untuk membaca Al-Quran.
dipilihnya satu tempat yang agak jauh dari orang ramai, sudut hujung surau di tepi rak. senang mahu dicapai dan diletakkan kembali naskhah suci itu nanti. sudut ini sudah serasi dengan dia, memudahkan sahabat yang lemah lembut itu mencari dia. mereka selalu pulang ke asrama sekali.

mereka baca al-quran sama-sama, duduk sebelah-sebelah. tapi dia ni baca Al-quran lambat sikit, jadi sahabat dia kena la tunggu dia. bila dah habis baca, si sahabat ni pun baring nak tidur. dia letak kepala atas riba yang tengah baca quran. mendengar sambil baring. selesai baca, mereka pun balik.

nampak macam ada satu scene dalam novel sinergi hilal asyraf kan? haha. mungkin scene tu nampak idealistik , tapi sebenarnya aku sendiri dah nampak depan mata. it's real.
damai ukhuwwah itu.

Thursday, January 13, 2011

mengimbas rasa semalam

semalam, aku sudah update. hari ni pun aku rasa nak tulis sesuatu di blog. tiba-tiba, macam semangat pulak aku kan. =P

sebab nya, semalam, aku baca balik post-post lama aku. tengok tag-tag.
banyak post aku berbaur negatif, pesimis, dan sindiran.
ya, aku mahu sebarkan kebaikkan, tapi cara aku salah.
aku suka gunakan nada sinis pada kebanyakkan post aku yang mengulas tentang sikap/kisah manusia.
teruk lagi. haih.

Islam itu kan indah, baik, lemah lembut. jadi kenapa perlu bersikap sinis? =(
itulah kekurangan diri aku yang masih lagi belajar erti hamba Allah.

di waktu blog ini betul-betul menjadi 'silent', aku melawat blog-blog orang lain. dan ada satu blog ini, yang sudah tak asing lagi bagi kita, Langit Ilahi. aku sangat suka dengan penyampaiannya. setelah beberapa bulan aku mengikuti laman tersebut, dapatlah aku simpulkan, laman itu penuh dengan kasih sayang.
laman itu menganjurkan semula, Islam ini harus disebarkan dengan kasih sayang, bukan sindiran atau kata-kata sinis.

memang itu pun yang di anjurkan Islam selama ini. tapi kelihatannya, di masa kini, insan-insan yang menggelarkan diri mereka daie itu telah kurang menggunakan elemen ini dalam dakwah mereka. menyeru ke jalan Allah itu tanggungjawab setiap muslim, termasuklah aku. tapi cara aku salah sama sekali.

harapnya, selepas ini, aku lebih mahu bersikap manis, lemah lembut dalam interaksi aku dengan manusia lain.

p/s: tak mau dah sindir-sindir orang lepas ni. =(

yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

setiap hari adalah baru

salam!

azam baru, aku mahu hati baru.

minta pada Tuhan, agar hati ini boleh berubah.

lebih lembut pada manusia.


owh, dan juga azam tahun baru aku, yang rasanya beberapa tahun sudah pernah juga berazam perkara yang sama, iaitu

"lebih banyak diam, kurang bercakap"

aku rasa, tahun lepas aku banyak cakap sangat la.
aku mahu jadi aku yang dulu, yang kurang bercakap, lebih banyak memerhati. seronok.
lebih banyak benda yang aku dapat fikir.

percaya atau tidak, lebih banyak aku diam, aku jadi lebih kenal kawan-kawan aku. hahaha. ironi kan?

tapi betullah. sebab masa yang diam itu, aku perhatikan mereka. kadang-kadang, apa yang keluar dari mulut mereka itu bukanlah diri mereka, melainkan perkara yang telah difikirkan mahu diperlihat pada umum.

bila kita perhatikan orang lain, perkara yang tersembunyi pun mampu kita nampak. =)

lagi pun, blog ni memang nama nya "silencer" kan? hahaha. memang diam sungguh la blog ni sebab aku jarang update. teruk. teruk.

"blog yang baik adalah blog yang konsisten diupdate hari-hari" -sumber langit ilahi

owh, mahu update hari-hari??? ingat aku tak ada kerja lain ke? setakat ni pun paling-paling aku update sebulan sekali je blog ni. kekeke.

tapi bersertakan azam baru ini, aku mungkin, ulang sekali lagi, mungkin akan update seminggu sekali. tak pun dua kali seminggu. insya-Allah.

lebih banyak aku diam, lebih banyak aku perhati manusia, lebih banyak la input yang aku boleh kongsi kat blog ni. XD

sekian saja. wassalam.
silencernacht.

p/s: tahun ini aku mahu jadi invisible. kurang menyerlah sikit. hehehe.