Sunday, June 28, 2009

[ NoTe-Ry & MeMo-Ry ]

klo tgok tjuk ats nih, msti ingt aku nk ckp psai memory or kenangan2 aku kt skola or tym kecik2 lu kn...act, i'm NOT!...hahaha..

tdi aku pi merayau2 kt blog org...mken ramei dak kolej aku wt blog, nih refer to dak IB la...huhu..dak alvel nih tah bila la nk wt..ka depa nih mmg jenih x wt kot, jenih x bersastera or ap2 ja la..kekeke..msa pi mryau tuh (wuaaa, real life x ley nk kuaq umah pn, so mrayau di alam maya ja la...kuikeh..), byk la kt blog tu depa tulis pasai kenangan tym kt kolej..bgus2, menarik btol aku bc..kekeke...

from memo-ry, pastu kita try guna note-ry...hm..cm x sdap ja..last2, guna ja, dia-ry..
memory becomes a diary~

skng nih, aku mlas nk pike psal knangn dlu,..aku tggalkn kolej, sprti mna aku mula knal kolej..
everything in college , will remain in college..
i want to be free from anything..
memory will hold you, it gives you some kind of link..some kind of connection..
and I HATE those...haha...

and one more thing, i am really a BAD writer..whatmore for a blog..kekeke...=p

Thursday, June 25, 2009

[ apa dia..?..meja dadah?..bkn la, mujahadah la..]

ingatkan superman buang spender,
rupanya mintak sejadah,
bukan buang member ,
tapi mujahadah...

kalau nak dikupas, berjela-jela lak..dan disebabkan pula aku ini tengah mood bermalasan, maka dengan automatiknya aku pun malas nak mengupas pasal ini dengan lebih mendalam, tepat, jitu dan persis..(apa kaitan lak..erkk)


harap suma pun berjaya..
aku tahu benda nih bukan senang, bukan mudah...menyusur tangga..ke angkasa..uuuu yeaahhh...
hmm...sama la dengan kisah lagu AF nih..
bukan mudah kita nak menyusur tangga keimanan ke angkasa syurga..

"janganlah kamu mengatakan diri kamu beriman selagimana belum diuji"
-firman Allah swt-

aku akan cuba hadapi sebaik mungkin kalian semua,
kerana kalian adalah ujian Allah bagi aku,
dan begitulah sebaliknya aku ini ujian Allah juga bagi kalian.

Friday, June 12, 2009

[ the EnD ]

berakhirlah sudah...
separuh dari perjuangan...
kekeke....

aktiviti hari-hari terakhir ...amek gambar lepas penat maen futsal..

dari kami~lintas x langsung dari court hijau

Friday, June 5, 2009

[ LiGhT ]

picture tuk blog ni ...lamp post sebelah rumah...
ni lamp post kat kolej...
still lamp post kat hostel, just different angle...cahaya tu mencapah..
ni pun cahaya gak, tapi asli nya..pemandangan bulan dari seremban (hostel)
ambik dari page member..cam lawa, aku pulak tengah duk mengumpul 'bulan' dari merata tempat...ni x tau dia ambik kat mana, nantilah aku tanya..[update: dah tanya member dah..dia kata pic bulan nih snap kat petrol pump canada..(oit cik abg, petrol pum byk kot kt sna..adeyh..)...]
yang ni a moon view from UUM...
ni x da kena mengena dengan lamp post atau bulan...just lighting tu nampak smart...satu kelas dengan puan Ririn, last day before study leave started...


nampak x ray of lights tu..?..yang ni, SUPER smart...kekeke...



dah, saja kali ini letak pic...nak post sumthing pasal 'light'...cam menarik...
korang kalo ada pic bulan snap dari tempat korg, share la ngn aku...hehe...

[ KoLeJ + ExaM + sTuDy ]

ini kolej...bangunan dah berapa kali entah 'renovate'..dan sekarang dah semakin mantap..cayalah!
jadual exam yang cikai, buatan tangan..keke...bakal habis nih wooo...doa2kan...~
yang ni pulak,view dari tempat duduk dalam exam...memang best view nih..harap-harap membantu...=)

meja study untuk A2...


ni lah dia rupanya 'light off'...study lamp ini kemudiannya menjadi kesayangan...

lapang....tenang...semuanya datang dari DIA...~

Saturday, May 30, 2009

[ angin pemangkin+clorox ]

wah...angin kuat sangat malam ni..macam nak terbangkan semua benda ja..
aku pulak, dari tadi cam x ada idea sangat nak post..cam maleh pun ada jugak..
dan sekarang ni, aku tengah tuleh post ni ..

mungkin dalam tiupan angin yang dahsyat tadi tu, terselit sekali idea dan semangat...~..keke..~

pagi tadi, selesailah sudah paper Maths P3...alhmdulillah~
aku ingatkan aku saja yang ampeh sikit nak jawab, rupanya yang lain pun sama..memang betullah soalan nya susah..bak kata sorng kenalan ni, "doa2 la supaya graf turun.."
lepas ni, bergantung pada Allah dan sejauh mana usaha doa kita~

tapi, ada satu insiden yang buatkan aku sangat tersentuh hati..
salah sorang calon, menangis time jawab tu..
tempat duduk aku dengan dia selang tiga meja...
dari jauh aku boleh nampak tangan dia menggeletar..-tergamam sekejap-
dan baki minit-minit terakhir kami untuk kertas P3 diiringi dengan esakan yang bergema ...
memang psycho habis...

bila balik hostel, ada la lagi 3/4 orang yang turut bercucuran ...
aku tak tahu nak rasa apa, ini subjek kegemaran aku...
usai solat asar, ramai yang nak keluar, menghala ke S.P aka Srmban Parade..

kononnya nak menghilangkan 'tension'...
dan ada la pulak," kalau 'tension', dia akan pakai lawa-lawa dan cantik-cantik.."
bagus macam ni, nampak la serinya jugak walaupun sikit..x ada lah asyik aura negatif saja yang terpancar keluar...-keh..keh...-
boleh dikatakan semua girls alvel yang join....
seronok pulak masa makan ramai-ramai macam tu..
betulkan specs..?



aktiviti malam pulak, marathon komik..hehe..4 buah ..semua baru-baru..
rasa puas pun ada...


hmmm....
aku harap, angin yang bertiup kuat malam ini, hadir untuk membuang rasa-rasa sedih, kecewa, terkilan, yang berlegar di ruang asrama...macam clorox~

Thursday, May 21, 2009

-bahana gap or banana?-

tadi baru mula final aku..

nex paper lak 29 nih..
lamanya gap..adeyh la..
x pa2, boleh sambung study sikit lagi..
kekeke...

hari ni gak, birthday kakak sulung aku, Titah..

so Hepy birthday tah!!..
dh 23 pun..keke..

x ley nk wish pnjng2, sbb duk pike mau exam...huhu..
2 essay pagi n 2 essay petang..
berasap otak..haih...

bila malam lak,
tiba2 mengada maen game..
jerit ramai-ramai dengan member..
kalau sorang, seronok ja..
kalau dua orang, dua ronok..
kalau ramai, baru la beronok-ronok...
pastu rajen la plak nak jwab soklan tag yg banyak-banyak tu...
so , yang previous post ni la hasil nya...kedeng~

Saturday, April 25, 2009

-gLow-

saja nak letakkan gambar ni...macam menarik...

*the gLow*

Bola disepak, tanpa disedari Aqidah jua yang terhakis..

haa...
ada satu lagi persoalan yang kalau boleh, aku nak korang bagi pandangan..
aku tertanya pasal benda ni dah lama..
yang tinggal hanya tak terzahir dari neuron2 ja..

Bola!...
ramai yang minat bola..Liga Super, Liga M'sia, EPL, FA Cup, EURO, etc..
tak tersenarai ni kot...

aku cuma nak fokuskan pada EPl ja la..
setakat ni yang aku tengok, M'sia nya bola ok ja..

Manchester United
Liverpool
Chelsea
Arsenal
(leading club season 08/09)
korang cuba tengok logo ni..ada gambar pegang tongkat kan?...sendiri teka la gambar apa tu.takkan la tak tahu kot...aku pelik, ada yang pakai jersi kelab ni ke surau..hm...macam mana tu?..kalau bukan gambar pun, apa bendanya yang disokong..
hah, yang ni lagi satu yang kontroverSIAL..lambang Carlsberg siap terpampang kat dada baju lagi..kalau tak reti nak pikir jugak, memang betul la korang tak guna akal yang Allah bagi..dah terang-terangan haram, ada hati lagi nak pakai?
yang Chelsea ni plak, aku tertarik kat lambang singa..siapa-siapa yang dah tengok Arrivals, korang akan faham apa yang tersirat..eh, singa ke tu..?..kepala macam helang..hm..dah sah la oi...
dulu aku ingatkan chelsea ni selamat la sikit aku nak support..sekali, singa yang tak macam singa lak mengggangu niatku..huhu..

and last but not least, Arsenal...yang ni aku tak berapa perasan benda yang pelik...imej nya hanya meriam@senjata..bagi aku tak ada apa2 yang kontroverSIAL kot..mungkin juga boleh ditafsir sebagai penggalak kepada peperangan..Arsenal kan mempromosi Israel sebagai destinasi pelancongan..kalau pakai jersi Arsenal ni , tak tahulah..terpulang pada fikiran rasional masing2..

bagaimana pun, ada berpendapat,

"pakai tak salah, sebab kita sokong dan tengok skill dorang yang mantap2 tu..memang gempak habes la..bukan nya nak sangat dengan simbol2 dorang tu.."

hai sahabat,
kau tahu tak, dalam Islam sekalipun, kita memerlukan simbol dan signifikannya..
sebab tu la masjid dan surau kita berbulan dan bintang..
setiap benda yang dibuat ada kepentingannya sendiri...

dan persoalannya ialah...

1. bolehkah kawan kita yang lain terus menyokong kelab-kelab ini?
2. yang mana lebih aula, simbol atau semangat yang terpapar?
(maksudnya, still boleh sokong sebab skill dorang yang hebat dan gempak serta semangat juang permainan atau tidak boleh disokong atas sebab simbol dan makna disebalik..?

kalian yang terlibat, fikirlah sebaik mungkin..
lelaki memang sukar dipisahkan dengan bola EPL..(perempuan pun..)
tapi tilawah Al-Quran boleh hadir sebagai pengganti di waktu dinihari..

jadi macam mana? kalau ada persoalan lain, silalah kemukakan..

*isu ini hanya tertakluk untuk kes sokong tahap max or biasa2..bukan bermain bola yang dipersoalkan...Islam memang menganjurkan riadhah...

Text for study..????

TEXT LITERATURE

alevel, alevel...A-Level Cambridge!

apa benda la yang aku belajar sekarang ni..?..
3 dari 4 text wajib, semuanya LUCAH..
hahaha..
mungkin ada classmate aku yang tak setuju kot,
sebab " kita kan tengah belajar"...
?????
nak belajar pun ada adabnya..
belajar apa kejadahnya macam tu..?
adeyh, rosak iman..rosak..rosak...
punah ranah...

aku yang sebelum ni tak pernah tahu pun 'terms' yang pelik2 tu..
sekarang ni, siap dah terpahat dalam kepala otak lagi..
ya la , bila kena analisis text tu, nak jawab kena ingat petikan..
kalau aku senaraikan petikan2 tu, habis la..tak ada satu pun yang korang boleh baca..
semuanya akan di'star' kan...e.g: S***B****

telinga aku, tiap-tiap hari dengar...
mulut aku, tiap-tiap hari sebut...
mata aku, tiap-tiap hari baca tulisan..
(tiap-tiap hari yang aku study literature ja la..hari lain yang tak, selamat la..)
hati berkarat dengan benda yang kita belajar????
adeyh...
laknat..laknat...
=>kes aku ni ada sikit sama dengan sorang member kat Canada..bezanya, benda yang aku belajar tu yang menggangu aku secara direct, tapi member aku nya secara tak direct..

kalau dulu, dengar benda pelik-pelik ni,
berdesing telinga, merah padam muka...
sekarang, siap boleh buat lawak lagi dengan benda tu..
tengok, aku pun dah jadi mangsa experimen kelucahan melampau..

nanti kalau ada budak-budak kelas aku or yang ambil subjek LIT baca post ni mungkin marah dengan aku..
biarlah korang nak marah..
korang pun mangsa macam aku jugak..cuma korang yang tak sedar..
tak payah lak nak bersyarah-syarah dengan aku pasal kebaikan or the bright side of LIT..

I HAVE ENOUGH DISCOVERED IT!

huhuhu...
berjayakah Yahudi?
berjayakah SETAN?

hm..nampak gayanya, memang tak dapat disangkal lagi...

*Literature kat sini aku spesifikkan untuk Literature A2 Alevel Cmbridge.Kalau ada yang sewaktu dengannya pun boleh la di'apply'kan sekali..bukan semua Lit ni lucah, hanya kebanyakkan...(mungkin pilihan Cambridge ja kot yang lucah2...)

= sebuah kotak pemusnah=

pagi tadi ada paper statistics 2..
stat pukul 10.00 ptutnya..
tapi semua kena tipu, sebab the real time is 10.30...
hahahaha...
(every paper kot cm tu..heh)

baki masa yang bersenggang tu, aku sempat la borak-borak dengan lokman,classm8 aku..
isu pasal realti tv dan tv...
(ceyh, sambung le study kalo ada masa lagi, borak pulak..)

dia tanya rumah aku ada tv tak.."ada ja kt umah"
pelik aku, tiba-tiba tanya macam tu..
rupa-rupanya dia risaukan nasib anak-anak dia..
(pergh, dah pikir masa depan..)

kalau dulu, media massa boleh lagi nak dikawal,
tapi sekarang ni macam sukar ja..
masyarakat sudah lama menerima norma kelucahan melampau di media..
lucah...lucah..lucah....
segala benda dia nak sogokkan dengan label tu..
dulu, kat suratkhabar, kaca tv ada gambar pelik-pelik..
sekarang ni, lagu-lagu pun dah makin banyak yang lucah...
ustaz yang datang bagi cermah baru nih pun ada cakap pasal lirk lucah ni..and kt blog mmber aku pn ad sebut pasal ni..lebih kurang macam ni kot-->'audio pornography'
contoh yang member lain aku bagi.."hips don't lie"
budak-budak kita lak, asal lagu sedap ja, mula la nak menyanyi,
tapi lirik tu tah tahu tah tidak lucah nya..
kalau tahu lucah pun, mereka ni dah anggap benda tu biasa..

tv yang dulu kita nickname kan 'idiot box' dah jadi kotak pemusnah..
Kotak Bodoh hanya membekukan pemikiran dan fizikal kita,
malangnya Kotak Pemusnah meleburkan hati kita sebelum sempat sampai ke neraka..(huh..boleh diterima ke ayat ni?..)
Kotak Pemusnah yang mematikan hati-hati kita sebelum fizikal kita mati...

*soal Lucah akan ada sedikit sambungan.

Wednesday, April 15, 2009

[ Oh KOlejku ~ ]

Kolej...Kolej..Kolej....

Mungkin selepas ini semua pelajar akan bertambah sayang dengan kolej...
Kolej sudah semakin mantap..

sekarang ini, dengan pentadbiran baru, prasarana baru, kursus baru,
bajet baru dan peraturan baru.

Benar-benar berlaku perkara ini,

siapa bilang kolej tak sayangkan pelajarnya...semua orang sukakan benda baru..
Nah, inilah contoh terbaik..

Wah, barangkali, kolej boleh menang

'Kolej Disiplin Terbaik'!

Syabas untuk kolej ya...

Dan kerana kolej sayang pelajarnya,
petang tadi, ramailah pelajar-pelajarnya keluar ke kedai kasut.
mahu membeli kasut yang kolej cadangkan.

Ala, kolej kan tak suka pelajarnya berpakaian entah apa-apa, hinggakan kasut pun mahu dikategorikan..tak boleh pakai jenis 'peep-toe', tak boleh pakai kasut selain hitam dan warna gelap...

Bila kolej dah sayangkan pelajarnya sampai begitu sekali,
pelajar sanggup berkorban untuk membeli kasut baru, walaupun hanya tinggal dua bulan saja lagi sebelum program ini habis.

Hasilnya, lebih kurang 8 orang pelajar mempunyai kasut yang sama berharga RM 16. Mesti mereka seronok dapat mengayakan satu uniform kasut.

Hmm...
Apa pula yang kolej akan buat selepas ni?...Entah-entah, kolej khuatir akan rindukan kami, lalu dibuatnya syarat-syarat baru...hmm...

Tuesday, April 14, 2009

[aiMinG HiGh ]

sudut apa benda ntah ni...serabut2...tempat muraja3ah..haih...
stdy2...tapi nih masa AS dlu...sekarang nak A2 nih lagi serabut kot...huhu
btol peringtan
aiming high..***



fevret spot...kehkehkeh...

tapi nih semua gambar dari tahun lepas..tahun ni, hmmm....nanti la...transformation..huhu

[ WaYs of WishinG ]

18 March 2008
Dedication 1=

"wahai saudara ,
berbahgialah kamu kerana telah diperkenankan oleh Yg Maha Mulia RAJA segala Raja untuk di'extend' kn umor kamu setahun yg lepas menjadikan kamu telah pn 20 tahun (dlm msa 6 ari g, aku tuleh nih 12mac woo..)...dan tahniah buat mak dan ayah kamu...

dan ingtlah kamu, rumah terakhir mu tlah smkin hampir..sngkat lah sudah msa untuk berbakti, mka kejar2 kn lah..(ko kjar akhirat, dunia akn kjar ko..jgn riso, aku tau ko kuat lari kn..)discover la ap yg kamu nak n repair la ap yg ptut..

semoga, setahun kamu yg akan dtg dipnuhi cahaya bintang2 pingat kurniaan Yg MAHA MULIA RAJA Segla raja..

with that, SaNaH HeLwa Ya ZaMiLi~~!"


30 March 2009

Dedication 2=


“kubo2…

Haa, takut akk..?Prep amcm?

Umo dah meningkat, 19 sudey

Hepy bzday ah bai~


[reply]


“wa caya sama lu la bai, gua cuak gle sbb gua xready ape2 lg ntuk mati, tq r sbb lu mengingatkn gua n tq sbb wish bday gua. Tq again dude, nyte.”


31 March 2008
Dedication 3=

Ma Rabbuka?
Anta dah prepare nak mati syeikh..?
Malam ni cukup 20 tahun anta hidup kat dunia sampah ni...Tak rasa nak balik kampung akhirat kah syeikh?...

Umor meningkat dah syeikh...
Sanah Helwa ah akim..~

[reply]

"apa da wish menakutkan....huhu..k2, thanx alot!"


walaupun bermacam cara untuk ucapkan selamat hari lahir, jangan lupa kan mesej utama...

[kita hidup untuk mati]




Wednesday, April 1, 2009

[ Earth Hour vs Akhirat Hours ]

28/03/09-Sabtu

malam ni ada satu programme yg konon2 nya world wide..tak tau la world wide sampei mana kan..Earth Hour..
semua kena tutup lampu2 yg tak digunakan...macam lampu2 hiasan...
kolej aku pun join jugak la..

member aku cakap , "hostel tak pernah segelap tu..gelap habes ar.."..keke..
antara aktiviti nak mengisi 'kegelapan' tu, MPP adakan ceramah dari kaunselor kat surau..
semua student digalakkan pergi surau, surau ja yg buka lampu.

tapi ada jugak student lain yg pergi tempat lain, ada forum
bertempat di Masjd Putra, Bandar Baru Nilai
tajuk forum [Baju Melayu bertemu Baju Kurung]

overall, rasanya sama ja kot dengan isi2 yg biasa kita dengar..
tengok ja tajuk ni pun tau yg isunya pasal perhubungan lelaki dan perempuan..
isu couple, cinta sebelum kahwin, 'Islamik' couple pun ada..dan kahwin awal..

'Islamic' couple??

yg ni pun banyak dah dibincangkan sebelum ni,
aku pun selalu ja dengar member2 aku duk buat macam ni...

[received]
-anti, dah bgun Qiam belum nih..?

-esok hari isnin, jom kita puasa.

salah seorang ahli panel tu, Ust. Anwar Saleh, kata , dia puasa/Qiam tu sebab bf/gf suruh ka ikhlas kerana Allah?..(manusia ni cenderung ikut orang yg dia suka dan sayang..)ini seolah2 menyembah manusia, sebab buat kerana manusia ibadat tu..dan bila dia qiam, kepala otak tu sure ke ingt Tuhan? ke ingt bf/gf?

dan walaupun macam tu, dia berdoa kerana Allah, psai bf/gf , rasa bertentangan tak..?
perhubungan yg Allah tak suka, kemudian nak mintak pada Allah tolong bahgiakan mereka..
tak malu dengan Tuhan?

lepas tu pulak, bila clash nanti,
dah tak puasa/qiam sebab bf/ gf dah tak ajak..
dulu buat sebab dia, sekarang tak mahu buat pun sebab dia jugak..

tajuk pasal ni banyak lagi, tapi redundant bagi yg dah tau..
malangnya, tau saja tak cukup kalau tak sedar..

seorang lagi sahabat aku ni, dia tau benda2 yg dia buat tu diragui ..me'lagha' kan..
tapi dia masih sayang kat awek dia, takut tak dapat balik..
kalau percaya pada jodoh, Insya-Allah, takkan kemana..


kat sini, kekuatan hati tu perlu..sayang memang sayang tapi dosa tetap dosa..

ni satu lagi ustaz Anwar cakap..lebih kurang macam ni la..
" sayang dan rindu selain kepada Allah dan rasul, ibubapa dan mahram yg lain adalah Haram"

sayang yg dimaksudkan ialah sayang yg bersifat peribadi..secara umumnya, kita memang kena sayang sesama umat baik lelaki atau perempuan, termasuklah yg kafir.

aku pernah ucpkan sayang pada seorang sahabat ni, tapi dia salah faham pulak, dia kata kena la ada limit2 nya..
aku maksudkan secara umum
itulah limit--umum--
tak lebih dan tak kurang macam makhluk2 lain..

Cabaran

memang keaadan sekarang ni seolah-olah mempromosikan 'trend' berpasangan.Tengoklah mana-mana iklan pun, semuanya menghidangkan perkara yg sama, walaupun barang yg diiklankan itu tak ada kaitan pun dengan pasangan.
oleh itu, anak-anak muda tak mahu dikatakan pelik apabila rakan-rakan lain sudah berteman, mereka masih berseorangan.
tapi ingatkah kita, pabila akhir zaman nanti sesiapa yang mengamalkan agama dianggap pelik.
"Islam itu dagang , dan akan kembali menjadi dagang"
dan beruntunglah golongan yg pelik itu.
biarlah pelik di mata manusia , asalkan Allah meredhai kita.

Langkah-langkah

berbalik pada topik forum tu,
seorang lagi panel mencadangkan langkah untuk hadapi cabaran ni...
-berilmu dan mengamalkan( kalau tak amal, tak ada guna, sama ja macam tak ada ilmu, ye dok)

Ilmu ni la yg penting untuk bina kekuatan hati..
kalau kita tau Islam tak menggalakkn perkara2 seumpama itu, insya-Allah kita elakkan..
berusaha nak mendekatkan diri kepada Allah,
supaya Allah jaga hati ini, hanya untuk yg berhak..


kita semua sibuk dengan earth hour, akhirat hour macam mana pulak?
bumi memang akan hancur sekalipun kita selamatkan,
tapi akhirat jugak yg selamanya kekal..

Saturday, March 14, 2009

[ the Marches ]

Some dedication to all the Marches..(is there such a word..??..keke)

4 March 1953 - to my dearest Abah,

13 March 1989- hakimi mat salim, now in egypt..(or so...)actually already lost contact..

14 March 1989 - izham md radzi, in MFI bangi

18 March 1989 - megat muhammad syukri shuib, in Carleton U, canada

21 March 1989 - tasnim rosli, taylors college, subang

30 March 1990 -harith zahrullaili, UiTM shah alam

31 March 1989 - muhamad hakim razali, kolej mara seremban

all of them have reach 20 ,except Abah n Harith, so use your life in the best way of HIS servant...

Thursday, March 5, 2009

[ Lapangan terbang kah?]

mengah sebentar,

aku penat dengan kesesakan manusia yang bermacam..
tapi itulah antara ujian yang perlu aku hadapi dari-Nya..
pesanan dari seorang blogger,

"berlapang dada lah kamu"..

kadang2 aku tertanya-tanya, bagaimana nak lapangkan dada itu..?
bolehkah dibuka lipatan hamparan hati ini supaya bisa ia menjadi seluas lautan membiru..?
atau menjadi seperti lapangan terbang?..*cheeky*

hmm...

aku kira, biarkan saja perkara ini,
akan ku tunggu masa nya untuk bertanya lagi..

Wednesday, March 4, 2009

[kepelikan.., pelik kah..?]

aku selalu tgok mnusia nih perangai n feel dorg cm na...
klo kita salo observe org, kita lgi knal dia cm na,..sbb kita salo perhati dia, tgok ap reaction dia..
tpi klo kita join dia, ramah2 ngn dia, kita myb akn kurg nk knal dia for certain aspect, sb kita fkus pda ap yg dia ckp..ap yg dia rsa, bkn nya ap yg dia buat..

kdg2, lebey bek hanya tgok..

sush ka jdik insensitive nih?..
apa mnyusahkn org len ka?..
bley skitkan hati org len ka...?

aku salo pkir hati org len..
smpe lupa nk jga hati aku sndri...
tpi jgn la plak aku nk jga hati aku sngt smpe jdik selfish or self-centered..

aku dh lalui penglman dlu yg ajar aku x pyah nk snstif sngt,..
snstif kna la berpada..

Islam ajar kita supaya bsderhana,
bkn nya jga hati org len smpe kita yg merana..
Islam ajar x ley sketkn hati muslim yg laen..
x ley jatuhkn dia, x ley hina dia..

i'm still striving to be a better muslim..
aku dh x marah2 sngt pn..

hmm...

Sunday, March 1, 2009

baleiks..***missing home...

aku balik rumah mmber minggu nih...kat bangi..dekat ja pun ngn kolej..
best jugak balik ..rasa mcm balik rumah sendiri..keke..

tiba-tiba, aku teringat sangat2 kt rumah..
rasa nk balik terus ja next week..
dah la kolej wt program la ap la..
ngn mslah len lgi..ap2 jala kolej..moga ko bhgia duhai kolej..~

aku teringat rumah,
masa basuh pinggan tuh, aku terbayang2 mama aku basuh pinggan sorg2 kt sinki..
mama dh la lewat usia..
anak2 semua kt perantauan..(cewah..*he)
mama aku mesti sunyi kt rumah..
n mama suma org pn..

tpi anak2 nih ingt x kt mak dia bila jauh..?
nk call pn jarang2...
kdg2, bz sngt ngn stdy smpe x ingt kt mak..

x tau kah,
doa mak tuh mkbul,
doa mak tuh berkat..
yg nk kita bjya tuh, siapa lagi klo bukan doa mak.....

Sunday, February 22, 2009

[ a thought for today }

act juz addition to previous post..#marah#

"jangan marah pada benda yg kita x tahu"


tapi, kadang-kadang kita marah sebab kita x tahu...
so pandai-pandai la bezakan ye..